Dapatkan kalendar 'Kuda' bagi tahun 2022

Anda boleh dapatkan kalender 'Kuda' bagi tahun 2022

Rakyat Malaysia rasanya pasti tahu dengan kalendar 'kuda' yang memaparkan tarikh yang dikeluarkan setiap tahun. Jadi untuk tahun 2022, anda kini boleh mula dapatkan kalender tersebut. Boleh la mula rancang aktiviti atau percutian lepas ni kan.

Kalau sebelum ni, kita boleh dapatkan kalender kuda ni di kedai-kedai atau secara percuma jika buat pembelian, tapi kini tidak lagi. Ini kerana, anda boleh dapatkan kalander tersebut secara digital dan secara percuma sahaja. Anda boleh muat turun Malaysian Calander 2020-2021 melalui pembangun GT App.

Melalui kalendar ini, ada ditunjukkan tarikh cuti sekolah, cuti peristiwa, cuti umum dan sebagainya. Di dalamnya juga disertakan tarikh perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi.

Yang pastinya, cari petak yang berwarna kuning dan itulah tanda hari cuti. Selain daripada kalender masihi, terdapat juga tarikh Maal Hijrah di dalamnya. Memang lengkap sebagai kalendar la. Anda boleh dapatkan kalender tersebut melalui aplikasi atau disediakan juga buat rujukan anda seperti dibawah.

Kalendar 'Kuda' bagi tahun 2022

Ini senarai penuh kalendar sepanjang tahun 2022

Januari 2022

Februari 2022

Mac 2022

April 2022

Mei 2022

Jun 2022

Julai 2022

Ogos 2022

September 2022

Oktober 2022

November 2022

Disember 2022


*jika ada sebarang perubahan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa

sumber : GT App

Post a Comment

Previous Post Next Post