Saksikan Drama Suara Hati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Saksikan Drama Suara Hati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Slot Tiara kali ini diisi dengan drama Suara Hati yang merupakan drama siri Malaysia terbaru yang akan disiarkan di Astro Prima mulai 18 Julai 2021. Drama ini bakal menggantikan Derita Untuk Bahagia.

Nampaknya drama adaptasi kini sudah mendapat sambutan yang hebat daripada penonton apabila sekali lagi ianya dihasilkan. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada novel 'Suara Hati' karya Anis Ayuni yang diterbitkan pada tahun 2002. Kali ini ianya diangkat menjadi sebuah drama tv pula.

Saksikan Drama Suara Hati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Drama ini merupakan arahan Emy Suffian (Pyan Screw) dan bawah produksi Global Film Station Sdn. Bhd. Manakala skripnya ditulis oleh Farah Alya As'ari dan diterbitkan oleh Dato Zaiton Moh Jiwa.

Pelakon utama bagi drama Suara Hati ialah Hanna Aqeela (Hani) dan Syafiq Kyle (Harris). Mereka dibantu oleh barisan pelakon seperti Aidil Aziz (Naim), Zeera Hariz (Suraya), Afzan A Rahman (Amir), Qistina Khaled (Sarah), Syahir Shafein (Ramzi), Liza Rafar (Sha), Fazlina Ahmad Daud (Khaty), YM Dato’ Sri Rezza Shah (Jo) dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Suara Hati

Drama Suara Hati mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Haris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Tetapi Haris senyapkan diri tanpa khabar berita selepas itu.

Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah di universitinya. Kemudian barulah Haris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani telah pun disatukan dengan Naim.

Perkahwinan Hani dan Naim bahagia, namun Naim meninggal dunia semasa Hani mengandungkan anak kedua mereka. Hani bertemu semula dengan Haris yang ingin kembali dalam hidupnya semula.

Saksikan Drama Suara Hati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Saksikan Drama Suara Hati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Waktu Siaran

Drama Suara Hati akan bersiaran untuk 13 episod sahaja iaitu setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang bagi slot Tiara di Astro Prima saluran 105. Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand untuk waktu lebih fleksibal atau menerusi aplikasi Astro Go.

Jika anda bukan pelanggan Astro, drama ini juga akan disiarkan menerusi aplikasi Sooka yang boleh dilanggan akaun VIP dengan harga serengah RM15.90 sebulan

Post a Comment

Previous Post Next Post