Malaysia Tidak Akan Menghantar Jemaah Haji Bagi Musim Haji 2021/1442H

Malaysia Tidak Akan Menghantar Jemaah Haji Bagi Musim Haji 2021/1442H

Selepas mendapat perkhabaran daripada Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk tidak akan menghantar jemaah haji buat kali kedua untuk Musim Haji tahun ini 2021/1442H.

Keputusan ini dibuat, selepas Arab Saudi memutushkan ibadah haji bagi Musim Haji tahun ini sekali lagi akan dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dldam negara tersebut sahaja.

Menuruti kenyataan media daripada Senator Dr. Zulkifli Al-Bakri sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, hal ini berlaku disebabkan situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan di seluruh dunia masih belum reda.

Justeru itu, Kerajaan Malaysia akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah haji pada tahun ini akan diuruskan dengan sebaiknya oleh Lembaga Tabung Haji mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

YB Menteri turut memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang rindukan Tanah Suci kerana terpaksa menangguhkan ibadah Haji mereka pada tahun ini. Pastinya keputusan ini amat berat dan sukar diterima. Ujar beliau.


sumber : kenyataan media menteri agama

Post a Comment

Previous Post Next Post