Telefilem Mr Drift Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Mr Drift Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Citra Exclusive kali ini membawakan sebuah telefilem aksi permotoran melalui Mr Drift (Born To Drift). Telefilem ini akan bersiaran pada 12 Jun 2021 di Astro Citra. Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem ini nanti.

Jika sebelum-sebelum ini, kita biasa tengok cerita genre seram, drama, percintaan dan kali ini Astro bawakan sedikit kelainan dengan menampilkan aksi kereta drift dan dalam masa yang sama diselitkan dengan drama antara dua beradik dalam telefilem ini.

Sinopsis Telefilem Mr Drift

Telefilem Mr Drift mengisahkn dua beradik Ady (Pekin Ibrahim) dan Afiq (Raja Afiq) yang berbakat dalam sukan motorsport drift bakal berentap dan bersengketa angkara perasaan cemburu, dendam dan persaingan yang diakibatkan oleh seorang wanita dan pengurus mereka.

Apakah yang terjadi diantara mereka? Adakah bakal tercetusnya perlumbaan drift antara dua beradik tersebut? Jangan lupa saksikan Mr Drift.

Telefilem Mr Drift Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Pelakon Dan Pengarah

Telefilem Mr Drift merupakan arahan C. Kumaresan dibawah produksi Adtisha Production Snd. Bhd. Manakala skrip pula ditulis oleh Pouvin Sandera dan Tommy Loh.

Telefilem Mr Drift Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Barisan pelakon juga tidak kurang hebatnya. Antara pelakon yang terlibat ialah Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir, Raja Afiq, Danny X-Factor, Issey Fadzlisyam, Danie Anwa, Adi Hafize, Adam Shadan, Mat Over, Zai Bullzai Hamdan dan ramai lagi.

Telefilem Mr Drift Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Waktu Tayangan

Telefilem Mr Drift akan bersiaran pada hari Sabtu ini, 12 Jun jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra saluran 108. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

Post a Comment

Previous Post Next Post