PKP "Total Lockdown" Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Sehingga 28 Jun 2021

PKP "Total Lockdown" Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Sehingga 28 Jun 2021

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) disambung untuk tempoh 2 minggu lagi berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Keputusan ini dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentangkan dan mencadangkan dalam Sidah Khas MKN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk 2 minggu lagi.

PKP 3.0 yang sepatutnya akan berakhir pada 14 Jun ini terpaksa disambung setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam iaitu 6,871.

SOP Dan Sektor Perniagaan PKP 3.0 Masih Digunakan

Sehubungan dengan itu, YB Menteri juga mengumumkan senarai positif/negatif dan SOP bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana yang diumumkan sebelum ini.


BACA :

Jika masih ada yang persoalan mengenai senarai tersebut, anda bleh rujuk laman sesawan Kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di lalam sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments