Anda Mungkin Didaftarkan Sebagai Ahli RELA Tanpa Anda Sedari. Ini Cara Buat Semakan

Anda Mungkin Didaftarkan Sebagai Ahli RELA Tanpa Anda Sedari. Ini Cara Buat Semakan

Sekarang tengah viral di media sosial terutamanya di Twitter apabila warganet telah didaftarkan sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tanpa mereka sedari. Mereka sedari apabila semakan dibuat menerusi portal semakan MyRELA Mobile 2.0.

Menerusi pautan tersebut, anda hanya perlu masukkan nombor MyKad anda dan jika nama anda tersenarai dalam database mereka, status ahli RELA akan dipaparkan bersama kad platun, no. ahli dan tarik daftar.

Jadi menerusi satu mesej yang dikeluarkan oleh pihak RELA di facebook RELA Malaysia, mereka memberitahu dimana kemungkinan pihak mereka menerima senarai nama dan terus didaftarkan ke sistem ketika pengambilan anggota RELA secara besar-besaran pada tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pihak RELA memohon maaf atas kekeliruan tersebut. Mereka juga menawarkan perkhidmatan membatalkan nama ahli di dalam sistem jika anda tidak berminat untuk menjadi anggota RELA.

myrela mobile 2.0

Rata-rata warganet yang sudah membuat semakan, mereka sudah didaftarkan menjadi ahli anggota RELA sejak tahun 2011 dan 2012. Rata-rata memberitahu mereka tidak tahu macam mana nama bersama no. mykad mereka sudah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

Jadi anda dah semak? Ada nama dalam sistem sebagai anggota RELA?


Post a Comment

Previous Post Next Post