Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 Kini Dibuka

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 Kini Dibuka

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) melalui kenyataan di facebooknya memberitahu kini permohonan bagi Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 dibuka kepada mereka yan layak.

Bantuan ini merupaakn salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19. Ianya diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agr dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini

Diingatkan kepada semua pemohon dimana sebelum membuat permohonan, sila semak terlebih dahulu adakah anda tersenarai adlam penerima automatik inisiatif MAIWP Prihatin - Kasih Asnaf 3.0 melalui portal ebaitaulmal.

Jika tidak terima boleh mohon Bantuan Kecemasa ini dengan daftar sebagai pengguna baru. Ingat dan pastikan anda daftar password yang mudah dan no. kad pengenalan yang betul.


Syarat Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0

Permohonan boleh dibuat bermula selasa, 15 Jun hingga 30 Jun 2021 secara atas talian (online). Permohonan yang berjaya akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM500. Pastikan anda penuhi syarat permohonan seperti dibawah:

  • Golongan B40 yang terjejas pendapatan
  • Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • Pemohon BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
  • Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0

Jika anda memenuhi syarat tersebut, anda boleh mula mohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 di portal ebaitulmal atau klik pautan dibawah

MOHON DISINI/link/button

Bagi penerima bantuan kecemasan 2.0 bantuan akan disalurkan secara automatik. Pembayaran Zakat Kecemasan ini dan zakat khas akan disalurkan secara berperingkat bermula 15 Jun hingga 15 Julai 2021.

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 Kini Dibuka

Untuk pertanyaan boleh berhubung di laman rasmi Facebook MAIWP atau talian hotline: Kuala Lumpur (012 518 3614 / 012 512 7614 / 019 200 7623), Putrajaya (011 5949 6126 / 011 6303 8443) dan Labuan (013 851 6066)


sumber : facebook MAIWP

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments