Permohonan Berkahwin Ditangguh Di Pulau Pinang Bermula 25 Mac Ini

Permohonan Berkahwin Ditangguh Di Pulau Pinang Bermula 25 Mac

Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengumumkan dimana semua permohonan kebenaran berkahwin adalah ditangguh mulai 25 Mei 2021 berikutan SOP yang lebih ketat diumumkan oleh Kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

SOP ini melibatkan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam mengenai pengurusan Perkahwinan, Perceraian, Ruju', Khidmat Nasihat dan juga bagi Kursus Praperkahwinan.

Permohonan baru ditangguhkan, namun begitu, pasangan yang telah mendapat kelulusan sahaja dibenarkan untuk berkahwin tetapi hendaklah menghubungi pihak Pejabata Agama Daerah (PAD) terlebih dahulu untuk mendapatkan tarikh akad nikah.

SOP Pernikahan Bagi Yang Telah Dapat Kelutusan Sahaja

Selari dengan itu, pihak JHEAIPP telah mengeluarkan SOP baharu bagi pasangan yang telah mendapat kebenaran sahaja.

Majlis akad nikah hanya dijalankan di Pejabat Agama Daerah (PAD) sahaja. Selain itu, kehadiran juga dihadkan dimana hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki atau wakilnya, pengantin perempuan, wali, ayah atau ibu pengantin lelaki dan juru gambar. Hanya pihak PAD akan menjadi saksi

Setiap hari, jumlah maksimum pasangan yang diakadnikahkan hanya 6 psangan sahaja bagi setiap PAD dan tempoh adalah tidak melebihi 30 minit.

Bagi pasangan yang tidak mendapat kebenaran untuk merentas daerah atau negeri boleh melantik dan mewakilkan seorang wakil bagi menerima nikah bagi pihaknya. Borang wakalah pengantin perlu diisi dengan lengkap dan pelaksanaan akad nikah secara wakalah perlu dilakukan dengan sidang video (online)

Kursus Praperkahwinan Islam

Selari dengan SOP PKP 3.0 dengan tidak membenarkan apa-apa acara yang menyebabkan perkumpulan orang ramai, pihak JHEAIPP menangguhkan Kursus Praperkahwinan Islam secara bersemuka sepanjang tempoh PKP.

Akan tetapi, akan diadakan Temuduga Khas bagi menggantikan kursus tersebut iaitu secara dalam talian (online). Anda boleh buat pendaftaran menerusi laman web http://emunakahat.penang.gov.my

Kursus Praperkahwinan Islam

Untuk pembayaran pula, boleh dilakukan di mana-mana kaunter PAD pada hari Isnin dan Rabu mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

Selain itu, semua permohonan pendaftaran perceraian  dan urusan pendaftaran ruju' ditangguhkan sehingga tamat PKP 3.0. Akan tetapi bagi pasangan yang ingin melafazkan ruju' dalam tempoh ini, boleh dipertimbangkan dan hendaklan hubungi mana-mana PAD.

Untuk tahu lebih lanjut berkaitan SOP sepanjang PKP 3.0 ini boleh dapatkan di facebook JHEAIPP

Post a Comment

Previous Post Next Post