Aneka Resepi Bagi Menu Singapura Yang Anda Patut Cuba

resepi menu singapura

Negera jiran, Singapura juga tidak kurang hebatnya dengan menu mereka sendiri terutamanya bagi hidangan Hari Raya Aidilfitri. Resepi mereka menggunakan bahan yang sama dengan Malaysia tapi pastinya rasa berbeza.

Citarasa di negara-negara serumpun hampir sama tetapi yang membezakan hanya cara penyediaan dan memasak, ia sesuai dengan budaya dan bangsa. Apa kata, kali ini kita cuba beberapa menu Singapura bagi mempelbagaikan selera di hari Lebaran

5 Resepi Bagi Menu Singapura

Seperti yang diberitahu, bahan yang digunakan adalah sama, jadi bahan-bahan ini masih lagi boleh di dapati di sini seperti penyediaan resepi-resepi lain juga.

#1 - Sup Tulang Merah Singapore

Sup Tulang Merah Singapore

Sup tulang merah ini sesuai dimakan bersama roti yang dibakar bersama sedikit mentega. Menu hidangan adalah sesuai untuk 6 orang.

Bahan-Bahan (Bahan direbus sekali)

  • 2kg tulang kambing dengan isi (dicuci bersih dan toskan)
  • 4cm halia (dihiris nipis)
  • 6 ulas bawang putih (dititik)
  • 1 sudu makan garam

Bahan Rempah Penumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih

Bahan Kisar

  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang merah
  • 5cm halia
  • 12 ulas bawang putih

Bahan Lain

  • 5 biji ubi kentang (kupas dan belah empat)
  • 1 batang lobak merah (dipotong kiub)
  • 3 biji tomato merah (dipotong dadu)
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 biji telur (dipukul sedikit)
  • 3 sudu makan penuh puri tomato
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan satu cawan air)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit pewarna merah
  • Hirisan daun ketumbar
  • Kacang pis (jika suka)
  • Bawang goreng secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak, masukkan rempah penumis dan buah tomato

2)  Diikuti bahan kisar, kacau hingga wangi dan pecah minyak

3)  Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan masak timbul minyak

4)  Seterusnya tambah puri tomato dan sos tomato, kecilkan api dan terus kacau lebih kurang 5 minit

5)  Masukkan tulang kambing, gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih

6)  Masukkan kentang, bawang besar dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk

7)  Tambahkan pewarna merah, garam, gula, kicap, kacang pis dan daun ketumbar

8)  Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan

#2 - Kacang Pool

Kacang Pool

Kacang Pool Singapore ini juga sesuai dimakan bersama roti bakar. Juga hidangan untuk 6 orang.

Bahan-Bahan

  • 300g daging kisar
  • 1 tin kacang pool
  • 1 tin kecil kacang panggang
  • 1 tin kacang merah
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam (dikisar halus)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar halus)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 3cm halia (dikisar halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

Bahan Lain

  • Bawang besar (didadu)
  • Tomato (didadu)
  • Cili hijau (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)
  • Limau kasturi (dibelah dua)
  • Telur (digoreng mata kerbau)

Cara Memasak

1)  Masukkan daging kisar dalam penapis kelapa, kemudian cuci di bawah air paip dan toskan

2)  Kacang pool diramas kasar

3)  Satukan rempah kari dan serbuk ketumbar kemudian bancuh dengan sedikit air. Kacau rata sehingga menjadi pes. Ketepikan

4)  Panaskan minyak dalam periuk, campurkan minyak sapi dan biarkan cair

5)  Tumis bahan kisar hingga wangi

6)  Diikuti masukkan pes rempah dan kacau rata. Kacau rata hingga pecah minyak

7)  Masukkan daging kisar dan kacau sentiasa lebih kurang 6 minit

8)  Tuangkan air lebih kurang 1 liter, kacau dan biarkan mendidih

9)  Masukkan kacang pool, kacang panggang dan kacang merah

10)  Kacau rata dan masak atas api sederhana selama 10 minit

11)  Angkat dan hidangkan dengan hirisan bawang, tomato, cili dan telur mata di atas kuah kacang pool

#3 - Mi Rebus Singapura Istimewa

Mi Rebus Singapura Istimewa

Bahan Kisar

  • 3 batang serai
  • 2cm lengkuas
  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia

Bahan Lain

  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 250g udang kering (dikisar)
  • 5 sudu besar taucu (dikisar)
  • 100g kacang tanah (sangai dan dikisar halus)
  • 1 biji keledek (direbus dan dikisar)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 200g daging (direbus)

Bahan Sampingan

  • Tauge (dibuang ekor)
  • Telur rebus (dibelah dua)
  • Daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Lada hijau (dihiris)
  • Tauhu goreng (dihiris)
  • 1kg mi kuning (ditoskan)
  • Limau kasturi (belah dua)
  • Isi daging rebus (dihiris)

Cara Memasak

1)  Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan manis jintan putih, ketumbar, cili serbuk, kunyit) bersama air. Ketepikan

2)  Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah dan goreng sehingga pecah minyak

3)  Masukkan pula bahan kisar seperti udang kering, kacang, keledek dan taucu. Kacau hingga sebati selama 5 minit

4)  Masukkan garam dan gula. Masukkan air (boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)

5)  Bila kuah mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit

6)  Hidangkan mi dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain

#4 - Mi Siam Singapura

Mi Siam Singapura

Bahan-Bahan

  • 200g bihun (direndam hingga lembut)
  • 2 genggam tauge (dibuang ekor)
  • 100g kucai (dipotong 3cm)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 150g udang saiz kecil (kupas kulitnya)

Bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 100g udang kering (cuci dan rendam)
  • Secubit belacan (dibakar)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kuah

  • Setengah perencah untuk menggoreng mi siam
  • 3/4 sudu makan taucu (lecek hingga hancur)
  • 3/4 sudu teh pes asam jawa
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 keping hirisan lengkuas (dititik)
  • 1 liter air rebusan kulit udang
  • 2 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 1/4 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air jika perlu

Bahan Sampingan

  • Telur rebus (dipotong dua)
  • Tauhu goreng (dihiris)
  • Hirisan daun bawang
  • Timun (dihiris memanjang)
  • Limau Kasturi (dibelah dua)
  • Sambal tumis (jika suka)

Cara Memasak

1)  Untuk Mi Siam : Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi

2)  Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu

3)  Kemudian keluarkan separuh bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata

4)  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun

5)  Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan

6)  Untuk Kuah Siam : Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai, lengkuas dan pes asam jawa

7)  Kacau rata dan masak sekejab. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau hdan biar mendidih

8)  Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambahn garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis

9)  Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih. Jika sudah, angkat dan sedia untuk dihidangakn

#5 - Sambal Pengantin

Sambal Pengantin

Bahan-Bahan

  • 1/2kg daging
  • 1/2kg paru
  • 1/2kg limpa
  • 1/2kg hati
  • (semua bahan direbus, potong dadu dan digoreng sebentar)
  • 10 biji cili merah (dihiris serong)
  • 10 biji cili hijau (dihiris serong)
  • 10 biji cili padi (dihiris)
  • (semua bahan digoreng sebentar)
  • 6 tangkai cili kering (digunting serong dan goreng sebentar)

Bahan Kisar

  • 3 biji bawang besar
  • 3 batang serai
  • 3cm lengkuas
  • 10 tangkai cili kering (digoreng dahulu)

Bahan Lain

  • 500ml santan pekat
  • 300ml santan cair
  • 200g bawang goreng
  • 3cm belacan
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak

2)  Masukkan santan cair dan kacau hingga mendidih

3)  Kemudian masukkan hirisan daging, hati, paru dan limpa

4)  Diikuti cili hijau, cili merah, cili padi, bawang putih dan duan limau purut. Kacau rata

5)  Apabila kuah sudah kering masukkan santan pekat, air asam jawa, garam, gula dan perasa secukupnya

6)  Masak hingga kuah mendidih, pekat sedikit dan sebati dengan isian

7)  Sebelum angkat, taburkan cili kering yang telah digoreng


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments