Saksikan Drama Hati Yang Dikhiati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Drama Hati Yang Dikhiati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Drama terbaru melalui slot Tiara, Hati Yang Dikhiati akan menemui penonton bermula 12 April 2021. Drama ini bakal menggantikan drama Angkara Cinta yang telah mendapat sambutan yang baik sebelum ini sehingga ditambah episod menjadi 115 episod kesemuanya.

Drama Hati Yang Dikhianti ini merupakan drama adaptasi daripada siri telenovel popular Venezuela Mis Tres Hermanes yang pernah disiarkan sebelum ini dengan 150 episod. 

Adakah drama kali ini akan mengikut jejak langkah telenovel itu juga dengan memberikan lebih banyak episod? Ini kerana dikhabarkan, Hati Yang Dikhianati juga merupakan drama "Open-Ended" dimana, bilangan episod akan bertambah jika mendapat sambutan yang baik daripada penonton.

Barisan pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Syamim Farid, Zamarul Hisham, Malek Mccrone, Arena Iman, Mia Nasir, Shah Iskandar, Nabil Aqil, Adam Malek, Qistina Khaled, Azlan Mokhtar dan ramai lagi

Drama Hati Yang Dikhiati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Produksi

Hati Yang Dikhianati telah diarahkan oleh  Riza Baharudin bersama-sama pihak produksi, Global Station Sdn. Bhd.

Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati

Drama siri Tiara: Hati Yang Dikhianati mengisahkan 4 beradik; dimana 3 adik-beradik perempuan yang dijaga oleh seorang abang sulung mereka menjalani hidup yang penuh liku dan cabaran.

Kerana desakan hidup, Iskandar (Zamarul Hisham) terpaksa menjaga kesemua adiknya yang kecil sehingga mereka dewasa. Salah seorang adik beliua, Lisa (Isyariana), yang kini seorang jururawat, mula tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat tersebut. Pelbagai konflik berlaku sepanjang perjalanan cerita ini. Untuk ketahui kesudahannya. Saksikan kesemua episod drama ini hanya di Astro Prima.

Drama Hati Yang Dikhiati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Drama Hati Yang Dikhiati Di Astro Prima (Slot Tiara)

Waktu Tayangan

Drama Hati Yang Dikhianati akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang melalui slot Tiara di Astro Prima HD (CH105) mulai 12 April ini. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go pada bila-bila masa. Akses percuma bagi aplikasi tersebut untuk semua pelanggan Astro.

Tonton Drama Hati Yang Dikhianati

EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5


sumber : rancangantivi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post