20+ Jenama Baju Raya Untuk Tahun 2021 Yang Anda Boleh Dapatkan Untuk Lebaran

Jenama Baju Raya Untuk Tahun 2021 Yang Anda Boleh Dapatkan

Di pagi raya, tak sempurna la kalau takda Baju Raya  kan. Kalau si lelaki bergaya dengan Baju Melayu dan kaum wanita dengan Baju Kurung dan sebagainya. 

Untuk tahun 2021 ni agaknya jenama baju raya apa yang menarik perhatian anda? Anda mungkin sudah mula untuk mencari sepasang baju raya untuk di lebaran akan datang kan.

Jadi disini, terdapat lebih 20 jenis jenama dan koleksi baju raya untuk lelaki dan perempuan. Jika anda tidak berkesempatan untuk dapatkan di kedai-kedai, anda boleh dapatkan secara online sahaja.

Lebih 20 Jenama Baju Raya Untuk Tahun 2021

Tak lama lagi, nak raya dah kan. Dah cari baju raya? Kalau belum jum kita tengok jenama baju raya apa yang popular dan trending untuk tahun 2021 ini.

1.  Elrah Exclusive

Elrah Exclusive

Jenama ini rasanya sudah tidak asing lagi. Lebih mengfokuskan kepada pakaian lelaki. Elrah Exclusive tahun ini masih mengekalkan pengeluaran bagi pakai Baju Melayu dan Kurta untuk tampil lebih tampan di pagi raya. 

Terdapat pelbagai jenis kurta yang dijual seperti Kurta Habib, Kurta Mat Salleh, Amir Khan, Mat Kilau, Khabib dan banyak lagi. Tawaran warna juga tidak kurangnya, ada biru, brown, hitam, ungu dan banyak lagi.

Anda boleh dapatkan baju raya ini dikedai fizikal mereka atau boleh cari di Shopee Baju Melayu Emperial, Kurta Wan dan Kurta Tok Kenali.

2.  Bulan Bintang

Bulan Bintang

Sebuah jenama yang kini tengah trending, Bulan Bintang. Memperagakan pakaian baju melayu dan kurta menggunakan duta Syukri Yahaya dan MK pastinya menarik ramai baru untuk mencuba jenama ini.

Baju Melayu dan kurta mereka mengenakan potongan tailored fit yang direka untuk keselesaan dan sentiasa kelihatan kemas terutamanya di pagi raya. Tidak terlalu ketat dan warna yang ditawarkan pun banyak.

Anda boleh dapatkan melalui mana-mana agen dropship atau melalui Butik HQ di Bangi Sentral atau melalui akaun Shopee rasmi mereka bulanbintanghq

3.  Auramen Luxe N Co

Auramen Luxe N Co

Biasa anda dengar jenama Auramen ni lebih kepada skincare kan. Kali ini mereka mengeluarkan pakaian raya mereka sendiri iaitu Baju Melayu Anti Kedut melalui Auramen Luxe n co.

Selain itu, ianya menggunakan kualiti kain premium, slimfit, kain sejuk, mesra wuduk dan setiap pembelian akan dapat sampin secara percuma. Antara pilihan warna yang disediakan seperti mustard, dark blue, maroon, silver, sky blue, emerald green dan banyak lagi.

Nak beli, boleh terus ke website mereka di www.auramenluxe.com atau boleh cari di Shopee.

4.  Emmer Zecna

Emmer Zecna

Biasa kita dengar jenama Emmer Zecna mengeluarkan pakaian casual sahaja. Tahun ini, mereka juga ada keluarkan pakaian hari raya seperti Baju Melayu dan Kurta. #OnMyWayToRaya

Mereka mengeluarkan baju melayu jenis cekak musang dengan termasuk kerjasama dengan pelbagai jenama antaranya Polo, EMZN, John Master dan banyak lagi.

Untuk dapatkan, anda boleh terus ke laman web emmerzecna.com.my/onmywaytoraya/ atau melalui akaun Shopee rasmi mereka Emmer Zecna.

5.  Zoe Arissa Luxe

Zoe Arissa Luxe

Jenama ZA ini mengfokuskan kepada pakaia hari raya untuk wanita baik dewasa dan kanak-kanak. Mereka ada keluarkan baju kurung raya 2021 seperti Kurung Moden Syahlaa Puff, Hawa Belt, Rasheeda dan banyak lagi.

Di Shopee Zoe Arissan Luxe, selain pakaian Baju Kurung Raya, mereka juga ada koleksi Dress, Long Dress, Blouse, Pouch aksesori dan banyak lagi.

6.  Kurta House

Kurta House

Walaupun menggunakan jenama Kurta House tetapi mereka ada juga koleksi Baju Melayu bersama-sama Kurta. Antara ciri-ciri menarik pada pakaian mereka adalah:

  • 20 Pilihan Warna 
  • Kids : Saiz 2 tahun - 12 tahun
  • Dewasa : Saiz S - 3XL
  • Cutting Perfect
  • Material Kain Tak Panas
  • Tak Mudah Renyuk 
  • Sesuai Di Pakai Untuk Semua Majlis

Anda boleh beli terus kepada reseller atau menerusi seller yang ada di Shopee, Kurta Premium dan Elchipempire.

7.  Maryam Maravill

Maryam Maravill

Jenama Maryam Maravill ini ada menjual set pakaian sekeluarga dan harga semuanya bawah RM89. Ada baju melayu dewasa, baju melayu kanak-kanak dan baju kurung dewasa dan baju kurung kanak-kanak. Kurta pun ada juga.

Terdapat pilihan warna seperti pink, purple, maroon, mustard, hijau, biru, silver, kelabu dan banyak lagi. Boleh beli terus di Instagram mereka atau melalui mana-mana seller di Shopee.

8.  Moff Collection

Moff Collection

Meriah nampaknya daripada koleksi jenama Moff ini. Mereka ada menjual pakaian baju raya seperti baju melayu, baju kurung, jubah, abaya, dress, tudung dan kurta. Set lengkap satu family pun ada.

Jika baju melayu, boleh dapatkan Baju Melayu Bang Jago. Kalau baju kurung, ada baju kurung Qairina, Oxalis, Queen, Seri, Alsa dan banyak lagi.

Jika berminat, boleh terus ke laman web mereka www.moffcollection.com.my atau di Shopee Moff2u

9.  Songket Dunia

Songket Dunia

Jenama ini lebih mengfokuskan kepada sampin songket. Jadi nak dapatkan kain songket premium untuk dibuat sampin pada hari raya, boleh dapatkan Songket Dunia.

Terdapat pelbagai siri koleksi sampin seperti Nikah, Majestic, Bajet, Lux, Signature, Dato', Premium dan banyak lagi. Selain itu, songket wanita juga ada tau. Boleh koleksi penuh di www.songketdunia.my atau melalui Shopee Songket Dunia

10.  FashioHub.co

FashioHub.co

FashionHub (FH) tidak kurang hebatnya. Mereka ada keluarkan pakaian hari raya untuk lelaki dan wanita. Bagi lelaki, ada baju melayu, kurta dan sampin. Manakala untuk wanita, ada baju kurung, tops, pantsuit dan tudung.

Anda boleh dapatkan Baju Melayu Exclusive, Majesty, Zidane dan Farish. Manakala untuk wanita, ada Cassandra Kurung, Meysha, Sakeena, Mayasari dan banyak lagi.

Boleh tengok koleksi penuh di www.fashionhub.com.my

11.  Umaara Couture

Umaara Couture

Menyediaankan set pakaian lengkap Hari Lebaran dengan padanan baju melayu bersama-sama baju kurung untuk dewasa dan kanak-kanak. Kain yang tidak berbulu selepas cucian disamping menggunakan material raya edition.

Mengenakan material suit khabib setanding dengan jenama terkenal dan kainnya juga sejuk dan selesa untuk dipakai. Tidak terlalu fit dan baju melayu berpesak untuk lelaki.

Boleh terus ke Instagram Umaar Couture untuk pelbagai lagi koleksi dan di Shopee

12.  Adnaa Collection

Adnaa Collection

Sempena hari raya, jika anda mencari sepasang baju melayu, anda boleh dapatkan di Adnna Collection. Mereka ada menyediakan lebih 30 warna pilihan untuk anda dengan harga kurang RM200. Antara ciri yang disediakan

  • Kain jenis Duchess Matte
  • Antikedut, antigelebeh
  • Zip di lengan (wuduk friendly)
  • Zip disisi, cutting slimfit
  • Seluar getah pada bahagian pinggan
  • 1 poket dibahagian baju (hidden)
  • 2 poket dibahagian seluar
  • 3 butang

Jika berminat boleh terus dapatkan di www.adnaa.com.my atau melalui seller Shopee di adnaakualalumpur

13.  Wakdoyok Clothing

Wakdoyok Clothing

Setiap tahun, memang Baju Melayu Wak Doyok Clothing ni memang dicari oleh ramai orang la. Masih seperti tahun-tahuh sebelumnya, tahun 2021 Wak Doyok ada keluarkan 2 jenis baju melayu iaitu Baju Melayu Johor dan Baju Melayu Carlo.

Antara pilihan warna yang ada seperti shades grey, green, purple, red dan banyak lagi. Anda boleh datang sendiri di Starvillion Seksyen 7 Shah Alam atau beli secara online di www.thestarvilion.com/collections/wakdoyok atau di Shopee Starvilion/wakdoyok

14.  Elrizq Design

Elrizq Design

Dapatkan baju melayu daripada Elrizq Design. Rekaan baju melayu modern dengan cuttin 'slimfit'. Ianya tidak terlalu ketat, breathable dan membuatkan si pemakai sentiasa selesa di pagi raya.

Terdapat 8 pilihan warna untuk anda dapatkan dan setiap pembelian baju melayu didatangi dengan butang baju melayu percuma. Boleh dapatkan melalui instagram Elrizq Design.

15.  Primavalet

Primavalet

Sebuah lagi pilihan jenama baju raya yang menjual pelbagai koleksi untuk pakaian lelaki dan wanita. Mereka ada baju melayu, baju kurung, kurta, tudung dan sebagainya.

Kalau baju melayu, ada Baju Melayu Majesty, Zidane, Emir dan banyak lagi. Untuk baju kurung moden seperti Kurung Helen, Fareena, Aqeela, Monalisa dan macam-macam lagi.

Nak dapatkan lebih bayak koleksi, boleh terus terjah ke Primavalet Official Store di Shopee serta terus buat pembelian.

16.  Ukasyah Exclusive

Ukasyah Exclusive

Lebih mengfokuskan kepada baju melayu. Ukasyah Exclusive ada 2 jenis baju melayu iaitu slim fit dan relaxed fit. Baju dengan kain febrik jenis duchess, wuduk friendly kerana ada zip di tangan dan banyak pilihan warna.

Selain itu, yang menarik, mereka beri 3 freegift iaitu facemask, sapu tangan dan juga pin malayan untuk diletakkan di baju. Boleh pergi ke facebook mereka www.facebook.com/ukasyahexclusive atau daripada seller di Shopee

17.  Hayfa Fella

Hayfa Fella

Jenama ini lebih fokuskan kepada pakaian hari raya untuk wanita tetapi masih ada lagi menjual baju melayu untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak.

Kalau baju melayu, ada Aystar Baju Melayu dan Maleeq Kurta. Manakala untuk wanita ada Citraa Songket, Dahlea Kurung Pahang, Hagia Suit, Jasmine Kurung, Kekwa Kurung, Mahsuri, Naome, Olevia dan banyak lagi. Macam-macam jenis ada untuk golongan wanita disini.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan di www.hayfafella.com.my atau melalui Shopee Hayfa Fella.

18.  Ulfaz Collection

Ulfaz Collection

Pilihan yang ditawarkan daripada Ulfaz Collection juga tidak kurang hebatnya. Lelaki macam biasalah, sama ada baju melayu atau kurta sahaja. Kalau baju melayu ada Baju Melayu Kekanda dan Boboy.

Untuk wanita, banyak pilihanya seperti Kurung Adinda, Gegirl (untuk kanak-kanak), Kurung Auniy, Kurung Aleesya, Lily Cardigan dan banyak lagi.

Untuk dapatkan koleksi penuh dan boleh beli terus, boleh terus layari www.ulfaz.com atau melalui seller Shopee Baju Melayu Kekanda atau Baju Kurung Adinda.

19.  Myravallyn

Myravallyn

Setiap tahun, memang pening kan nak cari baju raya? Lebih lebih lagi kalau setiap tahun ada tema warna baju raya. Ahh peningnyaa mana nak cari baju matchy matchy dengan husband! 

But worry not, MV ada untuk settle kan masalah korang! Now mereka  come out dengan baju Melayu, khas untuk para jejaka! MV Majesty Raya akan serve baju raya hanya yang terbaik dan cantik cantik je untuk korang.

Untuk para jejaka, ada Yusoof Baju Melayu dengan pelbagai pilihan warna. Untuk wanita pula, ada pelbagai jenis baju kurung seperti Anita Kurung, Clara Kurung, Hailey Kurung, Amalia Kurung, Isabel Kurung dan banyak lagi. Dress pun ada tau.

Nak beli atau untuk lihat pelbagai koleksi, boleh terus ke www.myravallyn.com atau melalui seller di Shopee Linlinwardrobe

20.  Rijal & Co

Rijal & Co

RJ lebih fokus kepada lelaki sebab mereka hanya mempunyai koleksi baju melayu dan sampin. Antara sebab kenapa anda perlu dapatkan koleksi daripada mereka ialah:

  • Harga Promo siap Sampin & Butang.
  • Bonus Khas untuk 100 Pembeli Terpantas.
  • Design Sampin Eksklusif pilihan anda.
  • Mudah Digosok & Anti- Kedut.
  • Material Satin sejuk walaupun dua lapis.
  • Cutting Slim Fit (Zip di tepi badan).
  • Wudhuk Friendly (Zip di tangan).
  • Seluar Adjustable.

Jadi jika berminat, boleh terus ke laman web www.rijalandco.com atau melalui seller di Shopee.

21.  Rose & Blossom Couture

Rose & Blossom Couture

Butik yang menjual pakaian wanita, lelaki & kanak-kanak yang terkini dan moden. Terdapat pelbagai warna dan corak yang cantik untuk baju kurung seperti Peplu Aryssa, Peplum Daisy, Kurung Chempaka, Kurung Medina dan banyak lagi. Nak cari baju sedondon satu keluarga pun ada.

Jika berminat, boleh terus ke facebook Rose & Blossom Couture atau pergi ke Shopee Rose Blosson Couture.

22.  J.Labella Atelier

J.Labella Atelier

Sempena Raya, mereka ada keluarkan koleksi baru untuk tahun 2021. Baju Kurung untuk wanita dan J.Armani Baju Melayu untuk lelaki.

Terdapat lebih 10 jenis koleksi kurung antaranya ialah Valencia Kurung, Ellyna & Emelina Kurung, Estinaa Kurung, Reiyana Kurung, Estila Kurung dan banyak lagi. Warna yang disediakan pun cantik-cantik.

Jika berminat, boleh dapatkan secara online di jlabella.com.my atau melalui seller di Shopee

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments