Senarai Negeri PKPB Dan PKPP Kekal Serta Dilanjutkan Sehingga 14 April 2021

Senarai Negeri PKPB Dan PKPP Kekal Serta Dilanjutkan Sehingga 14 April 2021

Menurut kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media harian hari ini dimana kesemua negeri dibawah arahan PKPB dan PKPP adalah kekal dan ianya dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2021 kecuali Sarawak iaitu sehingga 12 April 2021.

Status Negeri PKPB Dan PKPP Kekal

Bagi negeri dan wilayah terlibat dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beserta Sarawak. Arahan ini berkuat kuasa bermula 1 hingga 14 April 2021. (Sarawak - 30 Mac hingga 12 April 202)

pkpb april 2021

Manakala bagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah Sabah, Perak, Pahang, Terengganu, Melaka, Perlis, Putrajaya, Labuan, Kedah (kecuali daerah Kuala Mudah - PKPB) dan Negeri Sembilan (kecuali Seremban - PKPB). Arahan ini berkuatkuasa bermula 1 hingga 14 April 2021.

pkpp april 2021

Selain itu juga, Ismail Sabri mengumumkan dimana masih tiada lagi kebenaran rentas negeri bagi seluruh Malaysia. Hanya dibenarkan rentas daerah kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak atas arahan kerajaan Negeri. Oleh itu, orang ramai masih perlukan kebenaran pihak polis bagi tujuan rentas negeri.


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post