Gangguan Bekalan Air Di Selangor & Kuala Lumpur Bermula 30 Mac Dan 6 Apri. Ini Antara Kawasan Yang Terlibat

Gangguan Bekalan Air Berjadual Sekitar Selangor & Kuala Lumpur Bermula 30 Mac Dan 6 Apri

Menerusi kenyataan yang dimuat-naik di facebook Air Selangor pada Rabu lepas, pihak mereka akan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual dimana akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdapat 2 kerja-kerja penyenggaraan berdasarkan kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu :

1.  Kerja Pengalihan Dan Penyambungan Paip Baru (48 Jam)

Kerja-kerja ini berlaku di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam yang akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam iaitu bermula 30 Mac 2021, jam 9 pagi sehingga 1 April 2021, jam 9 pagi. Ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 5 kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam.

Senarai kawasan yang terlibat:

Wilayah Petaling

  1. Pinggiran USJ 3
  2. Taman Perindustrian Sime UEP 7 (TP 7)
  3. Pinggiran USJ
  4. USJ 3
  5. USJ Height

Wilayah Klang

  1. Bandar Putera
  2. Bandar Putera Height
  3. Bukit Naga
  4. Desa Latania (Seksyen 36)
  5. Jalan Bukit Rimau
  6. Jalan Samarinda
  7. Kampung Bukit Lanchong
  8. Kampung Kebun Bunga
  9. Kampung Sungai Kandis
  10. Pinggiran Subang USJ 3
  11. Taman Kandis Permai
  12. Taman Maznah Klang
  13. Taman Sentosa
  14. Taman Subang Mas

Wilayah Shah Alam

  1. Seksyen 22
  2. Seksyen 25
  3. Seksyen 26
  4. Seksyen 27
  5. Seksyen 28
  6. Seksyen 29
  7. Seksyen 30
  8. Seksyen 32
  9. Seksyen 33
  10. Seksyen 34
  11. Taman Batu Tiga
  12. Taman Desa Kemuning


2.  Penggantian Injap Di Jajaran Paip Air Mentah Dari Empangan Klang Gates (68 Jam)

Manakala kerja kedua adalah melibatkan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan bermula 6 April 2021, jam 9 pagi hingga 9 April 2021, jam 5 petang. Ini menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam di 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Kuala Lumpur.

Antara kawasan yang terlibat:

Wilayah Gombak

  1. Bukit Wangsamas
  2. Dataran Wangsa
  3. KLSC Wangsa Maju
  4. Taman Keramat AU4
  5. Taman Wangsa Jaya
  6. Wangsa Maju Seksyen 1
  7. Wangsa Maju Seksyen 2
  8. Wangsa Maju Seksyen 4
  9. Wangsa Maju Seksyen 5
  10. Wangsa Maju Seksyen 6
  11. Wangsa Maju Seksyen 10

                      Wilayah Kuala Lumpur

                      1. Apartment Putra Ria
                      2. Brickfields
                      3. Bukit Bandaraya
                      4. Bukit Bangsar
                      5. Bukit Bintang
                      6. Bukit Ceylon
                      7. Bukit Persekutuan
                      8. Bukit Tunku
                      9. Chow Kit
                      10. Damansara Height
                      11. Dang Wangi & Capsquare
                      12. Hampshire Park
                      13. Idamansara
                      14. Imbi
                      15. Jalan Raja Laut
                      16. Jalan Sultan Hishamuddin
                      17. Jalan Travers
                      18. Jln Tuanku Abdul Rahman
                      19. Kampung Attap
                      20. Kampung Baru
                      21. Kampung Datuk Keramat
                      22. Kampung Padang Merbok
                      23. Kementah
                      24. Kuala Lumpur City Center 1
                      25. Kuala Lumpur City Center 2
                      26. Kuala Lumpur City Center 4
                      27. Medan Tuanku
                      28. Parlimen
                      29. Persiaran Sultan Salahuddin
                      30. Persiaran Tuanku Ja’afar
                      31. Pudu
                      32. Pulapol
                      33. Semantan
                      34. Taman Bandaraya
                      35. Taman Bangsar
                      36. Taman Bangsar Baru
                      37. Taman Damansara Endah
                      38. Taman Dato Ahmad Razali
                      39. Taman Duta
                      40. Taman Lucky
                      41. Taman Putra Sulaiman
                      42. Taman SA (Bangsar)
                      43. Taman SA (Damansara)
                      44. Tasik Perdana
                      45. Tijani
                      46. Titiwangsa Sentral

                      Oleh itu, pihak Air Selangor menasihatkan kepada orang ramai supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini.


                      sumber : Air Selangor

                      Post a Comment

                      Previous Post Next Post