8 Shampoo Terbaik Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur Bagi Lelaki

8 Produk Terbaik Bagi Mengatasi Masalah Rambut Gugur Bagi Lelaki

Jika anda ada masalah masalah atau berlaku keguguran rambut, mungkin anda boleh menyelesaikan masalah anda tersebut dengan mencuba 8 produk terbaik dan cara ini yang anda juga boleh dapatkan di pasaran.

Jika orang kata rambut adalah mahkota bagi kaum wanita, tetapi sebenarnya rambut juga adalah mahkota bagi lelaki. Setiap hari ianya perlu dijaga dengan baik supaya tidak berlaku masalah-masalah yang tidak diingini.

Mungkin ada yang risau, rambut semakin hari semakin nipis akibat keguguran dan mungkin menjadi botak. Tapi jangan risau, terdapat beberapa produk terbaik yang anda boleh cuba bagi menyelesaikan masalah pada bahagian rambut kerana ianya mampu menyegarkan kulit kepala serta menguatkan akar rambut sekali gus mengurangkan rambut gugur dan mengelakkan menjadi botak

8 Produk Terbaik Bagi Menyelesaikan Masalah Rambut Gugur Bagi Lelaki

Setiap produk ini disediakan juga link pembelian jika anda berminat untuk dapatkannya secara online untuk tahun 2021 ini. Jika di luar, anda juga boleh dapatkan di pasaran seperi Watsons atau Guardian atau pasar raya besar atau beli beli secara online juga.

#1.  Schwarzkopf Seborin Active Hair Tonic

Schwarzkopf Seborin Active Hair Tonic

Ini antara produk yang mendapat sambutan yang baik daripada si lelaki. Tonik rambuat yang bertindak sebagai anti-kelemumur ini sesuai bagi penjagaan dan menyihatkan rambut dari akar hingga hujung. Selain itu, ianya juga boleh menyelematkan rambut yang kering dengan mengemabalikan kesegaran semula kulit kepada agar rambut lebih cepat tumbuh.

[Shopee] [Lazada]

#2.  Audace Extra : Hair Reactive And Hair Fall Control Tonic

Audace Extra Hair Reactive And Hair Fall Control Tonic

Dalam produk tonik rambut ini mengandungi vitamin, mineral serta anti-oksidan yang mampu melindungi dan mempertahankan kulit kepala serta berkesan bagi mengelakkan masalah rambut gugur. Oleh sebab itu, pertumbuhan menjadi semakin baik, sihat dan tebal. Cara penggunaanya juga mudah, anad hanya perlu menuangkan pada kepala dan mengurut secara perlahan-lahan selama 3 minit.

[Shopee] [Lazada]

#3.  Alpecin Caffeine Liquid Hair Energizer

Alpecin Caffeine Liquid Hair Energizer

Produk ini didatangkan daripada Jerman. Ianya dapat menguatkan akar rambut sekali gus menghalang keguguran rambut. Ianya sesuai digunakan oleh kaum lelaki untuk semua jenis rambut. Ini kerana kandungannya adalah daripada kombinasi bahan aktif yang berasaskan kafein Alpecin iaitu berfungsi untuk memanjangkan fasa pertumbuhan rambut.

[Shopee] [Lazada]

#4.  Bad Lab Supersonik Water-Based Pomade Medium & Glossy

Bad Lab Supersonik Water-Based Pomade Medium & Glossy

Pomade ini dapat membantu mengurangkan kerengsaan dan bau pada kulit kepala. Ianya telah dipertingkatkan dengan penulenan FludipureTM 8G yang selain mampu mengurangkan kerosakan rambut ianya juga mampu memberikan kemasan yang licin dan berkilat serta menggayakan potongan rambut quiff, pompadour atau ductail dengan lebih sempurna kepada si pemakai.

[Shopee] [Lazada]

#5.  Batiste Dry Shampoo Original

Batiste Dry Shampoo Original

Berbeza dengan shampoo yang lain kerana ianya adalah jenis kering sekali gus memudahkan urusan. Anda hanya perlu sembut dan urut kulit kepala dan rambut anda. Ia mampu memberikan kesegaran kepada kulit kepala kerana memiliki formula yang sangat ringan. Syampoo ini sesuai digunakan untuk semua jenis rambut sama ada rambut kering atau sehingga rambut berminyak.

[Shopee] [Lazada]

#6.  Mentholatum Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo

Mentholatum Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo

Antara masalah utama rambut lelaki selain daripada keguguran adalah masalah kelemumur. Dengan menggunakan syampoo ini, ianya mampu mengatasi masalah ini. Dengan kandungan selenium sulfida serta digabungkan bersama honeyquat 20, ia mampu untuk mengurangkan masalah rasa gatal pada kulit kepala disebabkan kelemumur. Jadi rambut anda akan menjadi lebih segar dan rasa sejuk.

[Shopee] [Lazada]

#7.  Shiseido Tsubaki Premium Repair Mask

Shiseido Tsubaki Premium Repair Mask

Ini adalah mask rambut yang biasanya digunakan selepas selesai syampu dan perapi di kepala. Produk ini berkesan bagi merawat dan memperbaiki rambut yang rosak sekali gus melembapkan rambut. Sebagai cadangan, boleh digunakan sekali atau 2 kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

[Shopee] [Lazada]

#8.  Ryo Hair Loss Care Treatment

Ryo Hair Loss Care Treatment

Produk terakhir untuk anda cuba bagi mengatasi masalah rambut adalah daripada Ryo Hair Loss Care Treatment. Ia mampu membantu menyelesaikan masalah rambut gugur, nipis, lemah dan flat. Dengan pati ginseng, iaitu ginsen merah, pati houttuynia cordata dan pati minit yang disediakan, ianya mampu mengeuatkan akar rambut, menyihatkan serta menyegarkan kulit kepala.

[Shopee] [Lazada]

Harap perkongsian cara atasi masalah rambut lelaki beserta produk terbaik ini memberikan manfaat kepada anda yang sedang mencari penyelesaian masalah ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post