Saksikan Semua Episod Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia)

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia)

Drama terbaru, Tak Sempurna Mencintaimu akan mengisi slot Akasia yang akan disiarkan bermula 29 Mac ini di TV3. Selain itu, para penonton juga boleh tonton secara online di aplikasi WeTV Malaysia secara percuma.

Cerita ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama, "Tak Sempurna Mencintaimu" karya Rehan Makhtar yang diterbitkan pada tahun 2018. Selepas kejayaan antara novel best seller ketika itu, dan kini diangkat ke kaca TV pula. Antara pelakon hebat yang terlibat dalam drama ini seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Rita Nadira dan ramai lagi.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry dan Rita Nadira. Ianya dibantu oleh Dato’ Tamimi Siregar, Wan Maimunah, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Azza Elite, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol dan ramai lagi.

Watak

  • Redza Rosli sebagai MUSTAQIM
  • Intan Najuwa sebagai SIRATUL
  • Fendy Bakry sebagai EPUL
  • Rita Nadira sebagai MELISSA
  • Nafiez Zaidi sebagai FIQRI
  • Aniq Suhair sebagai SAFWAN
  • Azza Elite sebagai KAK SITI
  • Ali Reza sebagai KYLE
  • Shah Khan sebagai KUCA
  • Scha Elinnea sebagai MAWARDAH
  • Naim Shamshol sebagai RUDY

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia)

Produksi

Drama terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. ini mendapat sentuhan Emi Suffian sebagai pengarah. Manakala 4 orang bertanggungjawab bagi menulis skrip iaitu Marr Mohamad, Eja Lorena, Lynnda Sharudin dan Mufid Suhaimi.

OST Drama

Lagu Durja nyanyian Khai Bahar menjadi ost drama ini dan ianya merupakan ciptaan Iqie Hugh, Omar K dan Khai Bahar sendiri.

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Draam Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim dan Siratul yang masing-masing menjaga diri antara satu sama lain,  dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. 

Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia)

Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Sidratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat. 

Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan  oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun.

Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan cuba melupakan kesilapannya semalam. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai.

Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Dapatkah Mustaqim memaafkan dan kembali semula pada ayahnya?

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia)

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia)

Waktu Tayangan

Drama 28 episod ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Ahad (setiap hari) pada pukul 7 malam melalui slot Akasia TV3 bermula 29 Mac 2021. Jika terlepas, anda boleh saksikan drama ini secara online di aplikasi WeTV Malaysia atau di website wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di TV sekitar jam 8 malam. Tontonan adalah secara percuma.

Tonton Drama Sempurna Mencintaimu (Episod Penuh)

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 1

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 2

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 3

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 4 

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 5

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 6

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 7

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 8

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 9

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 10

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 11

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 12

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 13

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 14

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 15

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 16

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 17

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 18

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 19

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 20

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 21

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 22

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 23

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 24

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 25

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 26

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 27

Tak Sempurna Mencintamu EPISOD 28 (Akhir)


sumber : rancangantivi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post