Antara Barangan Keperluan Yang Perlu Ada Sebagai Seller Shopee

Antara Barangan Keperluan Yang Perlu Ada Sebagai Seller Shopee

Anda mungkin baru bermula berniaga tapi tak tahu keperluan apa yang perlu disediakan. Sebagai contoh jump to sebagai seller Shopee yang pastinya platform lebih luas dan ramai potential customer di sana kan. Jadi jangan risau, disini akan disenaraikan beberapa barangan atau keperluan yang anda boleh sediakan sebagai seller Shopee terutamanya.

Perkongsian ini dikongsikan sendiri oleh seller Shopee sendiri @shifaaaahmad dengan menyediakan barangan tersebut bagi bisnes yang dijalankannya. Barangan keperluan ini mungkin berbeza mengikut jenis atau niche jualan kita. Tetapi secara asasnya, boleh digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

Jika anda mula belajar berniaga di Shopee, anda boleh dapatkan panduan disini cara bisnes shopee yang betul sehingga mampu mencapai 4 angka seminggu. alert-success

12 Barangan Keperluan Yang Diperlukan Sebagai Seorang Seller Shopee

Senarai ini bukanlah wajib ada bagi setiap seller. Tetapi ianya akan memudahkan segala urusan ketika proses jual beli berlangsung. Selain itu, ianya akan membuatkan barang kita lebih selamat dan lebih menarik berbanding seller shopee yang lain

1.  Thermal Printer

Thermal Printer

Rasanya ini sangat diperlukan oleh seller shopee, lagi-lagi mereka yang menerima order yang banyak dalam sehari. Shopee pula guna AWB. Jadi anda boleh print AWB tersebut dan lekat sahaja pada parcel. Tak perlu nak salotap atau tampal guna gam pun kat barang tu kan. Siap-siap untuk saiz A6. Mudah dan cepat.

Shopee/button

2.  Bubble Wrap

Bubble Wrap

Ini juga antara barangan yang sangat diperlukan untuk seller. Ianya bagi menjaga barang tempahan pelanggan supaya ianya selamat sampai. Boleh wrap dengan bubble supaya barang tidak mudah pecah.

Anda boleh beli melalui seller ini atau disini bergantung kepada bajet anda. alert-info

3.  OPP Tape/Fragile Tape

Fragile Tape

Ini untuk penambahan keselamatan pada barangan atau parcel anda tersebut. Sudah siap bungkus dan boleh letak fragile tape ni. Nanti abang courier tidaklah campak-campak barang anda kan. Pasti lebih selamat

Boleh beli jenis tape di seller shopee ini atau jenis sticker fragile disinialert-info

4.  Inflatable Wrap

Inflatable Wrap

Wrap jenis inflatable ini sangat sesuai untuk extra care. Jika anda ada jual botol kaca ke, smartphone, biskut dan sebagainya boleh guna jenis ini yang lebih secure dan lebih selamat.

Shopee/button

5.  Shipping Box/Pizza Box

Shipping Box

Untuk yang jual makanan atau tudung. Boleh bagi atau bungkus menggunakan kotak. Nampak lebih premium kan. Pelbagai saiz yang disediakan. Jadi anda boleh beli ikut barang yang anda jual terutamanya di Shopee

Shopee/button

6.  Flyers With Pocket

Flyers With Pocket

Ini boleh digunakan jika anda tidak mahu menggunakan thermal printer seperti pada awal. Anda boleh print AWB seperti biasa pada kertas. Kemudian boleh isi dalam poket yang disediakan. Ada warna putih dan kelabu.

Shopee/button

7.  Colourful Flyers

Colourful Flyers

Kalau anda mahukan warna flyer yang lain, boleh dapatkan disini. Nampak lagi meriah parcel anda kan. Lebih menarik pelanggan nak beli. Yang ni pun ada poket. Mudah nak letak AWB kalau bukan jenis stiker.

Shopee/button

8.  Business Card

Business Card

Sebagai seorang peniaga, seller atau bisnessman kena la sediakan name card atau business card ni. Anda boleh tempah sahaja di shopee dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang baik. Untuk customer juga kan

Shopee/button

9.  Thank You Sticker

Thank You Sticker

Ini boleh diletakkan sebagai added value pada bungkusan produk anda. Boleh tampal sticker Thank You yang comel untuk hargai pelanggan anda. Mesti dia suka kan.

Boleh dapatkan pelbagai corak yang cantik dan comel melalui seller ini atau seller ini mengikut citarasa anda. alert-info

10.  Photography Table Top Stand / Ring Light

Photography Table Top Stand

Ini sesuai untuk pemula atau seller yang nak shoot produk sendiri dalam versi flatlay. Boleh dapatkan gambar kualiti jika cukup cahaya dengan adanya ring light sekali. Gambar cantik, barulah pelanggan nak beli produk kita kan

Shopee/button

11.  Portable Mini Studio

Portable Mini Studio

Atau lebih senang, anda boleh je beli mini studio kat Shopee juga. Boleh dapatkan gambar produk yang cantik dengan latar belakang putih dan gambar lebih terang. Senang nak photoshoot produk sendiri.

Shopee/button

12.  Ziplock Paper Bag Packaging

Ziplock Paper Bag Packaging

Yang jual makanan atau nak buat door gift boleh dapatkan paper bag jenis ziplock. Senang nak bungkus makanan dan boleh terus hantar ke customer melalui syarikat penghantaran. Pelanggan pun mudah nak buka dan makan.

Shopee/button

Cara Mulakan Bisnes Shopee Sehingga Berjaya

Jika anda masih tiada idea atau cara untuk mulakan bisnes shopee ini, jangan risau anda boleh dapatkan panduan Bisnes Shopee sehingga mampu jana pendapatan 4 angka seminggu. eBook panduan dikemaskini dari semasa ke semasa serta disediakan group support juga. Jika berminat, boleh klik pada gambar dibawah

cara bisnes shopee

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments