Dapatkan Peranti Terbaru Wiko Y62 Dengan Harga Serendah RM299

Dapatkan Peranti Terbaru Wiko Y62 Dengan Harga Serendah RM299

Wiko hari ini mengemumkan peranti baru keluar mereka dengan model Wik Y62 dengan sambungan 4G padanya. Ianya merupakan keluaran dari siri Y-range terbaru untuk tahun 2021. Lebih mengfokuskan saiz paparan yang lebih besar dan ketahanan bateri sehingga 1.5 penggunaan harian.

Spesifikasi Wiko Y62

Paparan yang digunakan pada siri Wiko Y62 ini adalah bersaiz 6.1 inci dengan format ration 19:9. Ianya juga menggunakan teknologi IPS dengan resolusi HD. Paparan hadapan mengenakan bingkai yang tipis dan pastinya sedap dipegang. Ianya juga didatangkan dengan butang khas pada bahagian tepi peranti bagi kegunaan memangi Google Assistant dengan pantas

Selain itu, telefon ini dikuasakan oleh cip MediaTek quad-core 1.8Gz prosesor serta dipandankan dengan 2GB RAM beserat 32GB ROM. Jika anda rasa tidak cukup, jangan risau, kerana ianya menyediakan slot tambahan MicroSD sehingga 256GB. Wiko Y62 menggunakan sistem operasi Android terbaru iaitu Android 11 daripada Google.

Manakala pada bahagian kamera pula, ianya didatangkan dengan 8MP pada kamera utama dan sebuah flash serta 5MP pada kamera selfie yang juga menyediakan mod malam. Pastinya gambar lebih terang dan jelas walaupun bergambar ketika kurang cahaya.

Dapatkan Peranti Terbaru Wiko Y62 Dengan Harga Serendah RM299

Untuk sekuriti, ianya didatangkan dengan Face Unlock. Selain itu, ianya juga mempunyai ciri dual SIM dan pastinya memudahkan pengguna menukar dari mod personal atau profesional pda peranti ini. Peranti ini menggunakan bateri kapasiti 3000 mAH yang katanya mampu bertahan sehingga 36 jam.

Sistem Operasi Android 11 (Edisi Go)
Prosesor MediaTek Quad-core 1.8Ghz
Display 6.1 inci HD+ IPS
RAM 2GB
ROM 32GB + slot microSD
Sambungan 4G
Kamera 8MP + 5MP (Selfie)
Bateri 3000 mAh

Tanda Harga

Y62 menawarkan 3 varian warna iaitu Dark Blue, Light Blue dan Mint. Harga yang ditawarkan ada serengah RM299 yang boleh dapatkan bermula 25 Februari 2021 di Wiko Store, Wiko Website atau melalui Shopee Wiko.

Ianya juga didatangkan dengan 1 tahun warrany dan tambahan 1-to-1 exchang dalam tempoh 120 hari pada tarikh pembelian.

BACA : Senarai Telefon Harga Bawah RM500 Bagi Tahun 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post