Makanan Dibeli Rosak? Ikuti Cara Ini Untuk Buat Aduan Kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Ikuti Cara Ini Untuk Buat Aduan Kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Sebenarnya terdapat 6 cara untuk buat aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika anda dapati makanan telah rosak atau kotor ketika anda membeli dimana-mana premis makanan atau restoren atau menjual makanan.

Ini hak kita yang perlu diambil cakna. Anda bayar sepatutnya anda akan dapat kualiti makanan yang terbaik yang sepatutnya disediakan oleh penjual. Jangan hanya gah pada pengiklanan sahaja tetapi hakitkatnya kualiti makanan tidak dijaga.

Ketika anda beli makanan, tiba anda dapati terdapat bendasing di dalam makanan anda boleh buat aduan. Antara lain, ada kedai makanan atau restoren kotor, makanan tercemar, makanan yang dibeli rosak, makanan tamat tarikh luput atau label makanan tidak betul, anda boleh buat aduan kepada pihak berwajib. Dalam kes ini iaitu pada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Cara Buat Aduan Jika Makanan Dibeli Sudah Rosak Atau Kotor Dan Sebagainya

Langkah ini bukanlah bertujuan untuk menutup periuk nasi peniaga sebaliknya supaya mereka dapat memperbaiki kualiti makanan dengan lebih baik pada masa akan datang. Supaya penjual tidak ambil endah penjagaan makanan mereka. 

Makanan ini adalah sesuatu yang akan masuk ke badan kita dan jika ianya kotor, pastinya akan memberi kesan buruk kepada pengguna tersebut seperti sakit perut, keracunan dan sebagainya.

Oleh itu, jika terdapat perkara meragui terhadap makanan anda, ikuti 6 cara mudah ini yang anda boleh lakukan untuk buat aduan. Cara-caranya adalah :

1.  Datang ke Pejabat - Hadir ke Pejabat BKKM atau Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan

2.  Hubungi Talian BKMM & 1MOCC di talian

  • 03 - 8885 0797 / 03-8885 0796 (BKKM)
  • 03 - 8000 8000 (1MOCC)

3.  Laman Web SISPA di moh.spab.gov.my

4.  Facebook BKKMHQ

5.  Faks di talian 03 - 8885 0769

6.  Menulis Surat - Alamatkan kepada Pejabat BKKM atau Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran

Jadi jika terdapat sebarang masalah, tampil kehadapan dan buat laporan. Biar pihak berkuasa yang selesaikan masalah anda ini.

Kepada peniaga makanan juga, jagalah kualiti makanan anda sentiasa dari semua aspek. Ingatlah, yang makan makanan anda adalah seorang manusia.

Post a Comment

Previous Post Next Post