7 Senarai Robot Vacuum Cleaner Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2024

7 Senarai Robot Vacuum Cleaner Popular Di Malaysia Untuk Tahun 2023

Bagi anda yang sedang mencari sebuah robot vacum cleaner terbaik di Malaysia untuk tahun 2024, anda boleh tengok senarai dibawah.

Sekarang ramai yang sedang mencari sebuah Robot Vacuum Cleaner terbaik untuk dibawa pulang bagi menjadikan 'maid' di rumah. Manakan tidaknya, dengan sebuah alatan ini, ianya mampu untuk melakukan 3 perkara dalam 1 masa.

Robot Vacuum Cleaner mampu beroperasi dalam 3 mod serentak bergantung kepada kebolehan dan fungsi yang ditetapkan pada sesebuah jenama. Ianya mampu untuk menyapu, vakum dan juga mop lantai. Ya, ianya fokus kepada lantai rumah sahaja.

Antara tips yang anda perlu tahu jika anda ingin membeli sebuah mencari sebuah robot vacuum cleaner adalah :

  • Kadar kekuatan sedutan iaitu pada fungsi vacuum
  • Fungsi yang disediakan (sapu, vakum dan mop)
  • Harga

BACA 10 Vacuum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2024

Senarai Robot Vacuum Cleaner Terbaik Untuk Tahun 2024

Mungkin cadangan ini akan memberikan anda pilihan jenama dan model apa yang anda boleh dapatkan sesuai dengan bajet anda. Senarai ini bermula dari yang murah (marahein) hingga yang mahal (bangsawan)

{tocify} $title={Table of Contents}

1)  Samu Giken RVCOB8WT

Samu Giken Robotic Vacuum Cleaner RVCOB8WT

Dalam jenama Samu Giken, model RVCOB8WT ini antara yang termurah dan mendapat jualan tertinggi di Shopee beserta rating memuaskan daripada pengguna 4.8/5. Mereka juga ada keluarkan model lain mengikut harga. Boleh tengok di kedai rasmi Samu Giken.

Model ini menyediakan 3 fungsi iaitu menyapu, mop dan sedut habuk. Ianya juga disediakan dengan teknologi elak jatuh terutamanya jika berada di tangga. Ketebalannya juga agak nipis sebenarnya iaitu setebal 6.8 cm sahaja. Jadi boleh menelusuri bawah sofa kan. Kadar sedutannya juga cukup baik iaitu 1800 PA yang mana cukup untuk menyedut habuk di lantai. Ianya hanya perlu dicaj menggunakan USB yang diberi. Mudah sahaja

Jika anda mencari yang tidak terlalu mahal atau kurang RM100, boleh cuba jenama Samu Giken RVCOB8WT ni. 

Harga : RM77.99

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

2)  Xiaomi Mijia G1

Xiaomi Mijia G1

Seterusnya jenama yang dipercayai Xiomi juga ada mengeluarkan produk robot vacuum cleaner iaitu dengan model Mijia G1. Walaubagaimanapun, ianya hanya mengandungi 2 fungsi utama sahaja iaitu vakum atau menyedut dan mop lantai. Kuasa sedutan juga lebih baik iaitu sekitar 2200 PA. 

Apa yang lebih menarik robot ini adalah ianya mampu untuk buat mapping secara automatik. Jadi selepas itu, ianya akan mengikut sahaja map tersebut. Ianya boleh dikawal melalui aplikasi Mi Home.

Harga : RM599.00

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

3)  Airbot A500

Airbot A500

Kita up sikit lagi dengan dapatkan jenama Airbot A500. Ianya juga boleh dikawal melalui aplikasi iaitu Tuya App. Menyediakan 3 fungsi utama dengan kuasa sedutan 2500 Pa. Selain mop atau sapu dilantai, ianya boleh naik ke permukaan karpet. Ini kerana ianya mempunyai kemampuan untuk panjat dalam linkungan 2 cm. Oleh itu, ianya boleh sambung kerja untuk sedut, helaian rambut, kekacang, powder, lumpur dan sebagainya

Selain itu, anda boleh tetapkan bila, ianya bekerja melalui 4 jenis mod yang disediakan. Semua dikawal melalui aplikasi tersebut. Tapi mungkin ianya sedikit tebal iaitu 8 cm.

Harga : RM619.00

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

4)  Xiaomi Mijia 1C (Recommended)

Xiaomi Mijia 1C

Xiaomi Mijia 1C merupakan robot vacuum mampu milik yang paling banyak terbaik anda boleh dapatkan. Hampir kesemua fungsi disediakan pada si kecil ini. Ianya sama dengan model 1G tetapi model ini menyediakan 3 fungsi utama tersebut. Masih menggunakan aplikasi yang sama iaitu Mijia app atau Mi Home tersebut. 

Walaubagaimanapun, masih terdapat perbezaan seperti kadar sedutan lebih kuat iaitu 2500 Pa, bekas habuk lebih besar iaitu 600 ml, tempoh beroperasi selama 110 minit dan paling best, anda boleh pilih kawasan mana untuk anda biarkan ianya bekerja berdasarkan mapping yang telah dibuat. Jika penat bekerja (habis bateri), ianya akan kembali ke dock charging dengan sendiri tau.

Untuk review penuh Xiaomi Mijia 1C ini, boleh ikut perkongsian Rozy Mohd Salleh di facebook.

Harga : RM799.00

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

5)  ILIFE A9

ILIFE A9

ILIFE A9 ini fungsinya hampi sama seperti Mijia 1C. Ianya boleh buat mapping secara automatik, auto charging, boleh bina virtual wall supaya ianya tidak pergi ke kawasan tersebut dan juga mempunyai aplikasi yang boleh dikawal secara online dimana-mana sahaja. Kelebihan mungkin sedikit nipis iaitu setebal 7.6 cm sahaja.

Harga : RM899.00

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

6)  Ecovacs Deebot Ozmo T8

Ecovacs Deebot Ozmo T8

Seterusnya adalah robot untuk golongan bangsawan iaitu harga lebih RM1000. Pastinya juga memberi kepuasan dan kualiti yang baik kepada pengguna. Antara kapasiti bateri yang besar iaitu 5200 mAh yang mampu bekerja sehingga 2 jam tanpa henti. Untuk fungsi mapping, ianya boleh dibuat secara bertingkat. Jenama lain hanya terhad 1 tingkat sahaja. 

Kuasa sedutan yang lebih baik, mempunyai falling sensor, boleh memanjat sehingga 2 cm, boleh bergerak di atas karpet dan banyak lagi fungsi-fungsi hebat yang ada pada robot pintar ini. Dia juga boleh kesan halangan secara 3D tau, hebat!

Harga : RM1699.00

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

7)  Roborock S6

Roborock S6

Akhir sekali sebuah lagi jenama bangsawan iaitu Roborock S6. Dengan waktu beroperasi lebih lama iaitu sehingga 3 jam, ianya mampu melakukan 3 tugas (sapu, mop dan sedut) dalam 1 masa dengan pantas. Yang paling best pada robot ini, anda boleh kawal melalui suara sahaja kerana ianya mempunyai fungsi Alexa. Anda boleh arahkan pergi ke mana atau henti tugas pada bila-bila masa sahaja tanpa menggunakan telefon. Anda juga boleh arahkan jenis kerja mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Fungsi mapping, invisable wall, kesan halangan dan banyak lagi. Pastinya hebat berbelanja, menang memakaikan.

Harga : RM1659.00

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

Robot Vacuum Cadangan Lebih Murah

Jika anda juga teringin untuk menggunakan robot vacuum ini dirumah tetapi tiada bajet yang tinggi, anda boleh cuba 2 jenama ini yang mendapat jualan dan rating yang baik daripada pengguna di Shopee. 

Ianya masih boleh bekerja dengan baik termasuk disertakan dengan 3 fungsi tersebut. Tetapi mungkin ada kekurangan pada bahagian lain seperti ketahanan bateri, tiada fungsi maping, tiada aplikasi, kena charge dan sebagainya.

1)  NINJA 3 IN 1 Vacuum Cleaner

NINJA 3 IN 1 Vacuum Cleaner

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

2)  JM Robotic Vacuum Cleaner

JM ROBOTIC VACUUM CLEANER

⏩ Beli Sini :【Shopee】【Lazada

p/s : Tanda harga yang dipaparkan merupakan harga semasa artikel ini dikeluarkan. harga mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post