10 Vacuum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2024

10 Vacuum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Anda kini sedang mencari vacuum cordless sesuai dengan bajet anda? Mungkin anda boleh dapatkan sini 10 senarai vacuum cordless terbaik di Malaysia untuk tahun 2024.

Di zaman era moden kini, kita pastinya inginkan sesebuah perkakas rumah seperti vakum dengan saiz yang kompak supaya mudah untuk disimpan. Selain itu, tak mahu dah menggunakan wayar atau dipanggil vacuum wirless atau vakum tanpa wayar. Jadi anda boleh bergerak dengan lebih jauh dan tidak terhad.

{tocify} $title={Table of Contents}

Walaupun vacuum cordless tapi masih mengekalkan sifat asal iaitu kuasa sedutan yang baik dan kuat supaya kekotoran atau habuk dapat disedut dengan baik. 

Kini semua itu sudah anda boleh dapatkan dengan pelbagai jenama dan variasi. Anda pasti mahu vacuum cordless terbaik dan murah untuk tahun 2024 ni kan.

Jadi jom kita tengok antara 10 jenama vacuum cordless terbaik di Malaysia untuk tahun 2024 berdasarkan jualan tertinggi di Shopee. Dengan pelbagai jenama dan harga disediakan dan anda hanya perlu pilih sahaja yang terbaik.

10 Jenama Vacuum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2024

Setiap cadangan disediakan juga pautan pembelian di laman Shopee atau Lazada. Jika berminat, anda boleh terus buat pembelian sahaja di link yang disediakan.

#1 - PerySmith X Boosman Kaden PRO K2

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Antara jenama mampu milik yang mendapat sambutan hangat di pasaran. PerySmith mempunyai kadar kekuatan sedutan yang baik dengan 250W. Selain itu, batang sedutan yang digunakan adalah daripada aluminium dan bukannya plastik. Ianya juga didatangkan dengan HEPA filter bagi menampis debu-debu halus dan hama.

Dengan caj penuh, anda boleh gunakan sehingga 45 minit dan ianya disediakan ciri gayut di dinding. Jadi lepas guna, lebih mudah untuk simpan dan jimat ruang.

Link Pembelian : [Shopee] [Lazada]

#2 - Airbot iRoom Cyclone

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Jenama Airbot juga cukup terkenal bagi menghasilkan vacuum cordless terbaik. Denga harga kurang daripada RM500 ianya dikuasakan dengan kuasa sedutan sehingga 120W dan kuasa tekanan sehingga 19kPa. Dengan kapasiti 2200 mAh, dengan sekali caj, anda boleh menggunakan sehingga 45 minit lamanya.

Tambahan lagi, vacuum Airbot iRoom Cyclone ini juga ringan iaitu hanya seberat 1.6kg sahaja. Ianya juga didatangkan dengan HEPA filter dan sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai alahan kepada habuk dan hama.

Link Pembelian : [Shopee] [Lazada]

#3 - Redbuzz Cordless Vacuum

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Vacuum cordless kali ini sedikit berbeza dengan vacuum lain. Ini kerana ianya lebih kecil dan sangat mudah untuk digunakan. Ianya lebih sesuai digunakan kepada ruang-ruang yang susah dicapai seperti di dalam kereta, ruang-ruang kecil di dalam rumah dan sebagainya. Ianya kurang sesuai untuk vakum lantai dengan keluasan yang besar.

Walaupun ianya kecil dan ringan (0.72kg), tetapi kuasa sedutan adalah setinggi 120W. Cukup baik. Dengan kapasiti bateri 2200 mAh, ianya boleh digunakan selama 20 minit tanpa henti. Lebih menarik, fungsinya adalah untuk keadaan basah dan kering. Selain sedut habuk, anda juga boleh sedut cecair seperti air tumpah di dalam kereta dan sebagainya.

Link Pembelian : [Shopee - RM45] [Lazada - RM54]

#4 - Russel Taylors VC-22

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Anda boleh menggunakan dalam keadaan menegak, berbaring seperti mencapai di bawah kerusi dan sebagainya. Anda boleh dapatkan Russel Taylors Cordless Vacuum Cleaner VC-22 dengan harga kurang daripada RM200.

Ianya boleh menyedut habuk, bulu haiwan peliharaan, bersihkan kerusi kereta dengan kekuatan penuh sehingga 150W. Penggunaa adalah sehingga 20-40 minit mengikut kuasa sedutan yang ditetapkan.

Link Pembelian : [Shopee - RM199] [Lazada - RM199]

#5 - Dibea F20 Max

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Jika anda mempunyai bajet yang lebih dan mahu dapatkan vacuum cleaner yang terbaik, boleh dapatkan jenama Dibea F20 Max iaitu harga sekitar RM600 ke RM700. Dengan harga tersebut, anda boleh dapatkan kuasa sedutan sehingga 400W dengan 25kPA kuasa tekanan. 

Anda boleh gunakan pegang ditangan atau secara menegak. Lebih mudah untuk bersihkan kawasan yang luas. Ianya tidak menggunakan bag, jadi anda boleh pakai buang bila-bila masa sahaja tanpa perlu menukar jika sudah tarikh luput. Waktu penggunaan juga adalah lebih baik dengan kemampuan beroperasi sehingga 50 minit untuk sekali caj.

Link Pembelian : [Shopee - RM676] [Lazada - RM754]

#6 - Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9691

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Sebuah jenama yang tidak asing dengan perkakas rumah iaitu Khind. Kali ini mereka hadir dengan Cordless Vacccum iaitu Khind VC9691. Dengan kekuatan sedutan sehingga 100W, ianya boleh menyedut habuk dengan baik disamping dipasangkan dengan HEPA Filter.

Untuk kadar pengecasan 4-5 jam, ianya boleh bergerak sehingga 40 minit. Cukup masa untuk membersihkan kawasan rumah. Lebih hebat, ianya mempunyai 3 mod kelajuan iaitu Hi, Mid dan Low. Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan.

Link Pembelian : [Shopee - RM299] [Lazada - RM299]

#7 - Samu Giken Cordless Vacuum

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Samu Giken mengeluakan model VC1150WB (CL) iaitu vacuum tanpa wayar. Ianya dikuasakan dengan 150W sehingga kelajuan 10kPa. Dengan sekali caj, ianya boleh digunakan dari 20 hingga 45 minit. 

Ianya juga didatangkan dengan HEPA filter, cyclone filter dengan isipadu tangki debu sehingga 0.5L. Dengan harga bawah RM200, anda boleh merasai pengalaman memberishkan rumah dengan vacuum tanpa wayar.

Link Pembelian : [Shopee - RM185] [Lazada - RM199]

#8 - Dyson V8 Slim Fluffy

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Jika anda tidak mempunyai terbatasan bajet, anda beli lah Vacuum Cordless jenama Dyson dengan modal terbaru 2021 adalah V8 Slim dalam kelasnya. dengan hanya seberat 2.15kg, anda boleh menggunakan tanpa rasa penat.

Kekuatan sedutan adalah setinggi 115W dan mampu berfungsi sehingga 40 minit. Dyson V8 Slim Fluffy mempunyai teknologi Cyclone 2 Tier Radial. Lebih senyap dan lebih cekap. Tapi harga bangsawan sikit la.

Link Pembelian : [Shopee - RM1799] [Lazada - RM1799]

#9 - Electrolux ZB3411 

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Jenama Elextrolux cordless vacuum ini boleh digunakan dalam 2 mod iaitu anda pegang dengan tangan atau gunakan secara menegak. Ianya dikuasakan sehingga 100W. Ada juga teknologi HEPA Filters dan mampu berfungsi sehingga 48 minit lamanya.

Link Pembelian : [Shopee - RM699] [Lazada - RM599]

#10 - Deerma Cordless Vacuum VC20

10 Vaccum Cordless Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Jenama terakhir vacuum cordless yang anda boleh dapatkan adalah daripada jenama Deerma dengan model VC20. Sesuai digunakan untuk membersihkan habuk di lantai, sofa, siling, di dalam kereta dan sebagainya. Dengan 2 mod (pegang tangan dan menegak), ianya lebih memudahkan urusan pembersihan untuk ibu-ibu.

Kuasa yang digunakan sehingga 100W dengan kadar penggunaan selama 30 minit. Anda bebas untuk menukar jenis berus yang sesuai dengan keadaan tempat dan permukaan.

Link Pembelian : [Shopee - RM239] [Lazada - RM258]

Diharap perkongsian 10 vacuum cordless terbaik untuk tahun 2024 di Malaysia ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari perkakas elektrik ini untuk rumah.

Post a Comment

Previous Post Next Post