Kerajaan Membenarkan Makan (Dine-In) Di Kedai Bermula 10 Februari 2021

Kerajaan Membenarkan Makan (Dine-In) Di Kedai Bermula 10 Februari 2021
sumber : Bharian

Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan aktiviti makan (dine-in) di kedai atau restoren iaitu bermula 10 Februari 2021.

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media media sebentar tadi berkaitan laporan keselamatan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Walaupun aktiviti makan di kedai dibenarkan, tetapi SOP yang ditetapkan adalah setiap meja hanya dibenarkan 2 orang sahaja. Jika sebelum ini, kedai makan hanya dibenarkan beroperasi sehingga 8 malam tanpa makan di kedai, kemudian dibenarkan untuk beroperasi sehingga 10 malam dan kini dibenarkan aktiviti makan di kedai (dine-in)

Selain itu, Kerajaan juga bersetuju membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan termasuk kedai pakaian, kosmetik, kedai kasut, barangan elektrik dan juga Industri kreatif boleh beroperasi semula dengan SOP yang ketat. Juga berkuatkuasa esok.

pembukaan semula industri peruncitan yang lain


sumber : malaysiakini

Post a Comment

Previous Post Next Post