Demi Menghargai Pelanggan Setia, Astro Belanja Siaran Movie Secara Percuma Bermula 11 Hingga 21 Februari Ini

Astro Belanja Siaran Movie Secara Percuma Bermula 11 Hingga 21 Februari Ini

Ini pastinya berita baik yang ditunggu-tunggu terutamanya pelanggan Astro. Melalui pengumuman rasmi, Astro belanja pelanggan mereka siaran Movie secara percuma (complimentary viewing) bermula 11 Februari ini.

Pengumuman siaran komplimentary ini dibuat kerana penghargaan yang diterima oleh pihak Astro dengan memenangi anugerah Platinum pada Putra Brand Awards 2021 bagi kategori Rangkaian Media baru-baru ini.

Kemenangan ini adalah disebabkan sokongan yang diberikan terus-menerus daripada pengguna dan pelanggan Astro sekali gus memenangkan jenama Astro untuk kali ke-11 berturut-turut seterusnya menjadikan jenama media terkemuka.

Siaran Movie Percuma Untuk Semua Pelanggan Astro

Sekali lagi, siaran Movie percuma adalah untuk semua pelanggan bermula 11 Februari hingga 21 Februari 2021. Selama tempoh ini, anda boleh nikmati 7 saluran filem iaitu :

  • HBO (CH441 HD / CH431)
  • Cinemax (CH412 HD / CH432)
  • TVN Movies HD (CH416)
  • Hits Movies HD (CH401)
  • Fox Movies (CH413 HD / CH433)
  • Fox Family Movies HD (CH414)
  • Fox Action Movies HD (CH415)

Yes! Inilah yang ditunggu-tunggu selama ini. Dengan ini, lagi menggalakkan orang ramai untuk Stay At Home sahaja dikala musim pandemik dan arahan PKP ini. Duduk dirumah dan tonton Astro!

Terima kasih Astro

Post a Comment

Previous Post Next Post