KKM Kongsikan 5 Kaedah Pendaftaran Menerima Vaksin COVID-19

KKM Kongsikan 5 Kaedah Pendaftaran Menerima Vaksin COVID-19

Februari 2021 maka bermulalah proses penerimaan dos vaksin COVID-19 bagi rakyat Malaysia yang bermula dengan kumpulan pertama dan diikuti oleh kumpulan kedua dan ketiga sehingga awal tahun 2022.

Baru-baru ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan dimana proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 akan bermula pada Mac 2021 dan ianya dilaksanakan secara sekurela.

Untuk penghantaran pertama, Malaysia bakal menerima 312,390 dos vaksin phizer COVID-19 yang bakal dimanfaatkan oleh kumpulan pertama iaitu melibatkan petugas barisan hadapan. Ianya akan bermula dari Februari hingga April 2021.


Kaedah Pendaftaran Penerimaan Vaksin COVID-19

Kemudian diikuti oleh kumpulan kedua iaitu golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan akhirnya kumpulan ketiga iaitu mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Oleh itu, rakyat Malaysia boleh buat pendaftaran terlebih dahulu menerusi 5 kaeadah ini iaitu :

  1. Menerusi aplikasi MySejahtera
  2. Laman sesawang khas (www.vaksincovid.gov.my/daftar)
  3. Talian hotline (1 800 888 828)
  4. Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta
  5. Melalui program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar & pedalaman

daftar terima vaksin

Jika sudah tiba waktu, anda perlu pergi ke lokasi-lokasi yang dikenalpasti sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu sebanyak 605 lokasi di seluruh negara. Untuk pengetahuan, terdapat 54 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh Malaysia.

lokasi pusat pemberian vaksin (ppv) seluruh malaysia


sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post