Anugerah Juara Lagu (AJL35) Kembali Pada 14 Mac Ini

anugerah juara lagu ajl35 pada 14 mac ini

Mungkin ada yang tak perasan tayangan iklan di TV dimana Anugerah Juara Lagu (AJL35) akan kembali pada 14 Mac 2021 selepas acara itu ditunda sebelum ini.

Anugerah Juara Lagu Ke-35 sepatutnya berlangsung pada 7 Februari yang lepas, tetapi disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari, acara ini terpaksa ditangguhkan bagi mengikut segala SOP ditetapkan oleh pihak MKN dengan larangan acara keramaian diadakan.

AJL35 Kembali

Ketika pengumuman penangguhan tersebut, tiada tarikh ditetapkan oleh pihak penganjur bila AJL35 akan bersambung dan akan diadakan. Walaubagaimanapun, baru-baru ini sudah kelihatan tayangan montaj iklan di TV3 dimana AJL35 akan kembali pada 14 Mac 2021 (Ahad) jam 9 malam.

Anugerah Juara Lagu (AJL35) Kembali Pada 14 Mac Ini

Tetapi setakat ini, tiada lagi pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak TV3 khususnya sebagai syarikat tv yang akan menayangkan acara yang berprestij ini di kaca tv. Baru-baru ini juga, pihak MKN telah bersetuju membenarkan operasi produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan aktiviti penggambaran di studio tanpa penonton mulai 10 Februari 2021 selepas cadangan diutarakan oleh pihak SKMM.

Jadi mungkin AJL35 kali ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton sama seperti ketika Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) sebelum ini.

AJL35 tahun ini masih mengekalkan 12 lagu yang akan bertanding pada peringkat akhir dan lagu tersebut adalah Hutang, Kau Sakiti, Gundah, Aku Bidadari Syurgamu, Jangan Khianati Aku, Gila, Eh, Peluang Kedua, Semalam dan Belenggu Rindu.

Harap ianya tidak tertangguh lagi. Siapakah yang akan memenangi Juara Anugerah Juara Lagu 35? Nantikan 14 Mac ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post