Senarai Kereta Yang Anda Boleh Beli Dengan Bayaran Bulanan Kurang RM500 Untuk Tahun 2021

kereta bayaran bulanan kurang RM500 tahun 2021

Jika tahun 2021 ini anda bercadang untuk dapatkan sebuah kereta baru dengan bayaran bulanan mengikut bajet anda. Mungkin anda boleh tengok sini senarai kereta dengan bayaran bulan kurang RM500.

Senarai ini dikongsikan sendiri oleh Sale Advisor (SA) Produa, Nur Syahira di akaun twitter milik beliau sendiri. Menurut beliau, senarai ini merupakan harga anggaran berpandukan 3 kriteria iaitu:

  • Downpayment 10%
  • 3.3% interest
  • Berdasarkan pengecualian cukai (sehingga Jun 2021)
  • Loan untuk 9 tahun

Jadi jika anda bercadang untuk dapatkan sebuah kereta baru, anda boleh tengok senarai disini.

Senarai Kereta Bayaran Bulanan Kurang RM500 Untuk Tahun 2021

Untuk pengetahuan, senarai ini hanya melibatkan kereta jenama Produa sahaja. Senarai ini mengikut bayaran bulanan paling murah sehingga paling tinggi tetapi kurang RM500. Ada 2 kategori iaitu Hatchbak dan Sedan.

1.  Axia Standard G

Axia Standard G

Kereta Axia dengan spesifikasi paling asas yang sesuai untuk parents nak bawa tempat-tempat dekat.

  • Bulanan : RM364
  • Downpayment 10% : RM3500
  • Mempunyai USB port pada radio
  • Rim saiz 14 inci
  • 5 seater
  • Keluasan bonet boleh letak 4 luggage
  • Power window
  • Electric power steering
  • Mempunyai ABS bersama EBD

2.  Axia GXtra

Axia GXtra

Mempunyai ciri spesifikasi hampir sama dengan Axia G tetapi memiliki lebih banyak ciri keselamatan

  • Bulanan : RM381
  • Downpayment 10% : RM3600
  • Boleh adjust seat driver (tingga dan rendahkan)
  • Reverse sensor
  • Mempunyai ABS bersama EBD
  • Ada traction control
  • Power window
  • Cermin sisi boleh ditarik semula

3.  Axia SE

Axia SE

Harga kereta atas daripada RM400 yang telah menggunakan push start button. Pastinya lebih banyak ciri keselamatan disediakan.

  • Bulanan : RM419
  • Downpayment 10% : RM3988
  • Ada fog lamp
  • Reverse dan front corner sensor
  • Isofix system
  • Tingkap ada safety tinted
  • ABS with EBD
  • Ada VSC (Vehical Stability Control) dan TRC (Traction Control)

4.  Axia Style

Axia Style

Mempunyai reka bentuk yang lebih cantik berbanding model Axia yang lain serta rim sedikit besar dari senarai sebelumnya. Harga sama seperti Axia SE

  • Bulanan : RM419
  • Downpayment 10% : RM3988
  • Push start button
  • Design atau reka bentuk yang lebih style kerana mempunyai dummy roofail pada atas kereta
  • Rim saiz 15 inci
  • Seat jenis denim
  • Ada TRC (Traction Control) dan VSC (Vehical Stability Control)
  • ABS with EBD
  • Isofix system
  • Tingkap ada safety tinted

5.  Axia Advance

Axia Advance

Model Axia dengan full spec boleh dapatkan dengan bayaran bulanan kurang daripada RM500.

  • Bulanan : RM464
  • Downpayment 10% : RM4310
  • Push start button
  • Lebih banyak ciri keselamatan berbanding model Axia yang lain
  • Full spec
  • Steering leather
  • Ada Advance Safety Assist (ASA) 2.0
  • Ada reverse camera
  • Ada screen radio bersama smart link, bluetooth dan GPS

6.  Bezza Standard G

Bezza Standard G

Ini kereta pertama dalam kategori sedan yang anda boleh dapatkan dengan bayaran bulanan kurang RM500.

  • Bulanan : RM396
  • Downpayment 10% : RM3800
  • CC 1.0
  • Ada side skirting
  • Rim 14 inci
  • LED headlamps
  • Ada USB dan bluetooth
  • Auto off headlamps
  • Electric Power Steering
  • Revers sensor
  • ABS with EBD
  • Bonet yang lebih luas dengan saiz 508 liter

7.  Bezza Premium X

Bezza Premium X

Model Bezza dengan ciri keselamatan yang lebih baik daripada model sebelum ini.

  • Bulanan : RM477
  • Downpayment 10% : RM4430
  • CC 1.3
  • Push start button
  • Side skirting
  • Fog lamp
  • Ada USB dan bluetooth
  • Ada sensor pada bahagian hadapan
  • Ada safety tinted
  • Rim 15 inci dengan dwi-tone

8.  Myvi Standard G

Myvi Standard G

Kereta terakhir untuk bajet bayaran bulanan kurang RM500, anda boleh juga dapatkan sebuah Myvi (king of the road)

  • Bulanan : RM482
  • Downpayment 10% : RM4680
  • Airbags ada 4
  • Rim 14 inci
  • CC 1300
  • Ada TRC, VSC, ABS with EBD
  • Ada front corner sensor dan reverse sensor
  • USB dan bluetooth

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended