Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Telah Dibuka

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Telah Dibuka

Berita baik kepada yang layak. Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tahun 2021 kini telah telah dibuka. Tempoh permohonan dan pengemaskinia BPN 2021 mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Kita sedia maklum, Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang diperkenalkan oleh Kerajaan terdahulu kini telah dinamakan semula kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) seperti yang dimaklumkan di dalam Belanjawan 2021 sebelum ini.

Secara asas, ianya masih masa tetapi dengan penambahbaikan dari segi peruntukan dan lebih tersasar untuk BPR 2021 ini.

Tarikh Permohonan

Temph permohonan dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. Permohonan boleh dibuat di pautan dibawah

MOHON BPR 2021 DISINI//button/

Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh KKM termasuk penjarakan fizikal.

i.  Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

ii.  Pemohon perlu membuat Permohonan Baru adalah:

Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah

Syarat Kelayakan

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 kini dibuka kepada kategori Isi Rumah dan golongan Bujang:

i.  Isi Rumah

  • Kahwin atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak atau
  • Bujang (termasuk OKU) berumur 60 tahun dan ke atas

ii.  Bujang

  • Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak dan
  • Had umur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun atau
    • 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

syarat kelayakan BPR 2021

Kategori Dan Jumlah Bantuan

i.  Kategori Isi Rumah

Kategori Bantuan Nilai Bantuan
1 atau kurang anak
Nilai Bantuan
2 atau lebih anak
RM2500 dan
ke bawah
RM1200 RM1800
RM2501 - RM4000 RM800 RM1200
RM4001 - RM5000 RM500 RM750

ii.  Kategori Bujang

Pendapatan Kasar Bulanan Nilai Bantuan
Rm2500 dan ke bawah RM350 (One-Off)

Jadual Pembayaran

Bagi kategori isi rumah

  • Pembayaran Fasa 1 akan dibuat pada April/Mei 2021
  • Pembayaran Fasa 2 akan dibuat pada September/Oktober 2021

Manakala pembayaran kategori Bujang adalah secara One-Off

Cara Membuat Permohonan BPR 2021

Anda boleh membuat permohonan BPN 2021 seperti berikut:

i.  Permohonan Secara Online

Permohonan BPR 2021 boleh dibuat di

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, bpr.hasil.gov.my atau
  • Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store atau App Store

ii.  Permohoan Melalui Borang

Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM atau
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke portal BPR LHDNM di bpr.hasil.gov.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended