Langgan Panda Pro Untuk Dapatkan Lebih Faedah Daripada Foodpanda

langgan pandapro bulanan

Nampaknya Foodpanda bergerak lagi setapak kehadapan apabila memperkenalkan pakej langganan bulanan Panda Pro dengan memberi lebih kelebihan dan manfaat kepada pengguna.

Pakej ini diberi nama Panda Pro yang menyediakan pelbagai manfaat ketika menggunakan aplikasi Foodpanda. 

Foodpanda merupakan syarikat penghantaran makanan yang ada di Malaysia. Kini hampir di seluruh negara sudah mendapat akses Foodpanda ini. Dengan ini, anda boleh buat pesanan makanan secara online dari rumah sahaja. Selain itu, ada juga disediakan perkhidmatan penghantaran barang runcit.

Program Langganan Panda Pro

Sehingga 31 Januari 2021, anda boleh dapatkan langganan Panda Pro dengan harga RM14.90 sebulan berbanding harga asal iaitu RM29 sebulan. Anda akan dapat harga potongan 50% ini bagi langganan bulan hadapan.

langgan pandapro bulanan

Kelebihan Panda Pro

Dengan langganan Panda Pro, anda peroleh 4 kelebihan iaitu :

  1. Penghantaran percuma bagi setiap pesanan lebih daripada RM25 (tanpa had)
  2. Potongan 15% dan keatas bagi lebih 2000 restoren (tanpa had)
  3. Tambahan 5% bagi pesanan ambil-sendiri (tanpa had)
  4. Diskaun 10% di kedai-kedai terlibat (2 kali sebulan)

Cara Langgan Panda Pro

Jadi jika berminat, anda boleh mula langgan sekarang untuk sebulan melalui aplikasi Foodpanda. Jika anda tiada lagi akaun Foodpanda, anda boleh daftar disini untuk dapatkan RM10 percuma.

1.  Buka aplikasi Foodpanda dan klik pada 3 line dibahagian kiri atas dan klik "Become a pandapro"

langgan pandapro bulanan

2.  Anda boleh dapatkan info lanjut disini berkaitan Panda Pro. Untuk mula langgan, klik pada "Subcribe Now"

3.  Anda boleh buat bayaran melalui kad kredit/debit dan klik "Pay Now"

langgan pandapro bulanan

Post a Comment

Previous Post Next Post