Netflix Janjikan 1 Filem Baru Setiap Minggu Bermula Tahun 2021

Netflix Janjikan 1 Filem Setiap Minggu Bermula Tahun 2021

Jika permulaan tahun 2021 anda suram, tidak bagi Netflix. Ini kerana, mereka menjanjikan 1 filem setiap minggu khusus untuk pengguna platform penstriman tersebut.

Memang tepat pada masanya terutamanya pengguna Netflix Malaysia. PKP pun sudah bermula dan kini kita diarahkan untuk duduk di rumah, lakukan segala aktiviti di rumah. Dengan itu pula, Netflix umumkan tayangan filem seperti ini. 

Netflix telah keluarkan trailer khas bagi mempromosikan kandungan sekurang-kurangnya 1 filem setiap minggu di tahun 2021 dengan penampilan khas daripada Gal Gadot, Ryan Reynolds dan Dwayne Johnson (The Rock).

Dalam video tersebut, disenaraikan beberapa Original Filem Netflix yang akan ditayangkan sepanjang tahun 2021. Dilaporkan, setakat ini terdapat lebih 70 buah filem dengan menampilkan barisan pelakon yang cukup hebat. Antaranya:

  • Army of the dead
  • Fear street 1, 2, 3
  • The woman in the window
  • Red notice 
  • Thunder force
  • The harder they fall
  • Thunder force
  • Bruised
  • Tick, tick... Boom!
  • To all the boys: Always and forever dan banyak lagi

Mereka menjanjikan filem superheroes, thriller, aksi, komedi dan banyak lagi. Jadi untuk tahun 2021, meriahkan hari-hari anda dengan filem original Netflix.

Fuhh... filem yang sedia ada lagi pun tak habis tengok lagi

Post a Comment

Previous Post Next Post