Senarai Telefon Yang Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Whatsapp Bermula 1 Januari 2021

Senarai Telefon Yang Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Whatsapp Bermula 1 Januari 2021

Berjuta telefon pintar lama tidak akan lagi menerima dan menyokong aplikasi Whatsapp bermula 1 Januari 2021. Kemaskinilah telefon anda sebelum tahun depan keh!

Dalam beberapa keadaan, ada telefon pintar boleh dikemaskini kepada versi terbaru bagi meneruskan lagi sambungan Whatsapp tetapi ada yang tidak lagi menyokong kemaskini tersebut.

Aplikasi Whatsapp Diberhentikan

Jadi bermula 31 Disember 2020, mana-mana peranti iPhone yang menjalankan sistem operasi yang lama daripada iOS 9, aplikasi Whatsapp tidak lagi boleh digunakan. 

Manakala, bagi mana-mana peranti Android yang menjalankan sistem operasi lama daripada Android 4.0.3 juga aplikasi Whatsapp tidak lagi boleh digunakan.

Senarai Telefon Yang Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Whatsapp Bermula 1 Januari 2021

Telefon pintar yang menjalankan sistem operasi lama dari KaiOS 2.5.1 tidak lagi menyokong aplikasi Whatsapp.

Jadi jika anda mempunyai telefon pintar yang tersenarai seperti di atas dan anda tidak mahu kehilangan apa-apa data atau chats, anda boleh back up sekarang sebelum tiba tarikh yang ditetapkan tersebut.

Oleh itu, jika anda ingin menggunakan lagi aplikasi Whatsapp ini tidak boleh tidak, anda perlu dapatkan telefon baru yang menjalankan sistem operasi lebih tinggi atau terbaru. Anda boleh lihat disini senarai telefon pintar tahun 2020 dengan harga bawah RM500.

Aplikasi Whatsapp

Whatsapp secara rasmi telah dilancarkan pada tahun 2009 dan sehingga kini telah menjadi aplikasi permesejan paling popular di dunia. Rasanya setiap smartphone pasti ada aplikasi ini dipasangkan sama ada melalui Play Store atau App Store.

Pada tahun 2014 pula, aplikasi ini telah dibeli oleh Facebook dengan nilai $19 bilion dan sekali gus mengintegrasikan 3 aplikasi popular iaitu Facebook, Instagram dan Whatsapp. Jadi Messenger boleh digunakan serentak bagi ketiga-tiga aplikasi ini.


sumber : [Whatsapp]

Post a Comment

Previous Post Next Post