Twitter Memperkenalkan Ciri 'Fleet' Untuk Semua Pengguna

Twitter Memperkenalkan Ciri 'Fleet' Di Twitter Untuk Semua Pengguna

Twitter baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah ciri terbaru diberi nama 'Fleet' kepada semua pengguna secara beransur.

Ciri ini pada mulanya datang daripada Snapchat, kemudian ianya mula merebak kepada Instagram yang diberi nama Insta Stories dan seterusnya pergi ke Facebook dan Whatsapp. Nampaknya ianya tidak berhenti disitu sahaja.

Fleet ini fungsinya sama sahaja seperti stories yang ada pada media sosial lain dimana anda boleh kongsikan gambar, video atau text dan ianya akan terpadam dengan sendiri dalam masa 24 jam. 

Fleet pada awalnya sudah memasuki di beberapa negara sebelum dilepaskan secara rasmi. 

Akhirnya Twitter mengalah dengan fungsi tersebut apabila memasukkan juga ke dalam platform media sosial mereka yang diberi nama Fleets

Cara untuk anda dapatkan fungsi Fleet ini, pastikan anda kemaskini aplikasi Twitter anda kepada versi terbaru. Tapi kena ingat, ianya dilepaskan secara berperingkat. Mungkin hari ini, esok, minggu depan, bulan depan dapat la nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post