Anda Kini Boleh Download Kandungan Astro GO Untuk Tontonan Secara Offline

Anda Kini Boleh Download Kandungan Astro GO Untuk Tontonan Secara Offline

Astro telah memperkenalkan ciri baru di Astro GO iaitu download. Ianya berfungsi untuk anda muat-turun kandungan yang ada di dalam Astro GO.

Sepanjang duduk di rumah, mungkin ada biasa tonton Astro TV dan melalui aplikasi Astro GO. Menggunakan aplikasi, anda bebas untuk melihat saluran kegemaran anda tanpa perlu berebut remote dengan orang lain kan.

Tetapi di Astro GO perkawa wajib yang perlu anda perlu ada adalah sambungan internet. Jadi tiba-tiba bila internet tiada, maka Astro GO tidak berfungsi, jadi anda tak boleh nak tonton cerita kegemaran anda pada waktu tersebut. Kena tengok secara online.

Fungsi Download Diperkenalkan Pada Astro GO

Jangan risau, kini Astro telah memperkenalkan ciri terbaru pada Astro GO iaitu fungsi "Download". Ianya berbeza dengan fungsi Record dimana anda boleh tonton semula tetapi perlu juga Sign In Astro GO dan perlu ada sambungan internet. Berbeza dengan Download, anda boleh tonton cerita yang anda download secara offline tanpa perlu ada sambungan internet pun.

Anda tak perlu lagi risau tentang sambungan Internet atau kehabisan data. Anda donwload terlebih dahulu, anda boleh tonton semula kemudian secara offline.

Fungsi ini hanya diperkenalkan pada aplikasi Astro GO iaitu di Android, iOS dan App Gallery. Tiada ciri ini pada platform website Astro GO.

Antara kandungan yang anda boleh muat-turun seperti TV siri seperti Sweet Dreams, The Masked Singer, Suspicious Partner, Running Man, Ejen Ali S1 dan S2, The Arrow, The Amazing Race S32, Jalan Sesat ke Syurga, Tale of the Nine Tailed, Bigg Boss S4 dan banyak lagi.

Cara Download

Anda sign in Astro GO menggunakan aplikasi, kemudian cari kandungan yang anda ingin download.

Kemudian tekan butang "Download"

Siap! mudah je kan...

Anda Kini Boleh Download Kandungan Astro GO Untuk Tontonan Secara Offline

Segala kandungan download tersebut ada pada bahagian "My Library - Download". Jika tiada sambungan, anda tetap juga boleh akses kandungan Download tersebut. Kandungan filem akan berada di dalam Astro GO selama 2 hari manakala TV Siri akan berada selama 7 hari. Selepas itu, ianya akan auto-delete. Anda kena download semula. 

Menarik kan...

Post a Comment

Previous Post Next Post