5 Tempat Untuk Anda Dapatkan Sound Bebas Copyright. Youtuber Kene Tahu

5 Tempat Untuk Anda Dapatkan Sound Bebas Copyright

Anda baru sahaja mula berjinak-jinak bersama Youtube dan ingin upload video ke dalam platform tersebut. Tetapi tak tahu mana nak cari lagu bebas copyright. Anda boleh tengok sini 5 tempat anda untuk anda dapatkan sound atau lagu bebas copyright.

Isu hak cipta atau copyright terutamanya bagi Youtuber adalah masalah utama. Selain daripada kesalahan mencuri, ianya juga akan memberi kesan kepada monitization video anda tersebut.

{tocify} $title={Table of Contents}

 Ini bermaksud, jika lagu yang anda guna telah dikesan melanggar copyright, sama ada video itu tidak boleh menjana 'duit' ataupun pendapatan daripada video tersebut akan dikongsikan dengan tuan empunya lagu dalam bentuk royalti.

Anda penat-penat buat video, edit video semua, tengok-tengok video kena copyright dan kena bayar royalti pula kepada tuan empunya lagu. Buat penat je kan.

Tetapi itu mungkin masalah yang boleh diterima lagi, tetapi jika selalu sangat berlaku, ada kemungkinan untuk video tersebut dipadam oleh Youtube sehinggalah akaun Youtube anda tersebut boleh ditutup. Lagi susah kan.

Jadi untuk mengelakkan perkara-perkara ini berlaku, janganlah guna lagu yang bercopyright ini. Anda boleh tengok disini 5 tempat untuk dapatkan lagu atau sound yang bebas copyright. Youtuber memang kena tahu la kan. Yang penting semuanya percuma!

1.  NoCopyrighSound

NoCopyrighSound

Anda boleh dapatkan lagu bebas copy right di Youtube NoCopyrightSound di Youtube. Disini anda bebas untuk menggunakannya bagi menghasilkan konten video sama ada di Youtube, Twitch atau dimana sahaja. NoCopyrightSound menyediakan lagu-lagu yang berdurasi sederhana panjang iaitu 3-4 minit. Jadi sesuai la untuk video Youtube.

Sebagai penghargaan, bagi la sedikit kredit kepada lagu asal dibahagian subscription video Youtube anda. Kan bagus tu. Yang penting download percuma!

Laman web : https://ncs.io/

2.  Vlog No Copyright Music

Vlog No Copyright Music

Ini lagi sebuah tempat untuk anda dapatkan lagu bebas Copyright iaitu di channel Youtube Vlog No Copyright Music.

Tempat ini sesuai untuk youtuber yang fokuskan kepada vlog yang sesuai dengan namanya. Anda boleh muat-turun lagu yang anda minat tanpa risau dengan isu copyright. Di sini, mereka akan upload lagu baru setiap minggu tau. Boleh check it out nanti dengan percuma sahaja.

3.  Youtube Audio Library

Youtube Audio Library

Selain daripada tempat-tempat lain diluar, Youtube sendiri ada sediakan lagu bebas copyright iaitu melalui Youtube Audio Library.

Selain daripada lagu panjang, disini juga anda boleh dapatkan kesan bunyi seperti bunyi burung, bunyi motor, bunyi orang berjalan dan sebagainya.

Jadi dah kalau Youtube sediakan tempat ini, memang selamat la jawabnya kan. Pilihan yang diberikan pun banyak juga. Anda boleh cuba nanti.

4.  Free Music Archive

Free Music Archive

Ciri yang disediakan seperti sama di Youtube Audio Libraru tetapi di Free Music Archive ini menyediakan lebih banyak lagu dan kesan bunyi yang bebas copyright.

Anda bebas untuk dowload lagu-lagu tersebut dan digunakan bagi menghasilkan kontent Youtube dan pastinya bebas daripada isu copyright apabila menggunakan lagu di dalam FMA ini.

Macam-macam bunyi ada, nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke laman web Free Music Archive tersebut.

5.  Bensound

Bensound

Tempat seterusnya untuk anda dapatkan lagu, sound, bunyi bebas copyright adalah di bensound. Tiada royalti yang anda perlu bayar kepada owner lagu tersebut yang ini bermakna anda bebas untuk gunakan sama ada di Youtube atau dimana-mana video yang anda upload.

Tapi apasalahnya bagi sedikit kredit dibahagian description kan.

Disini juga disediakan banyak lagu, bermula daripada bunyi cinematik, lagu, elektronik sehinggalah sound effect. Anda perlu pilih sahaja. Ianya percuma!

Dah jumpa mana tempat yang memenuhi citarasa video anda, pergi teruskan hasilkan kandungan youtube yang berkualiti.

Post a Comment

Previous Post Next Post