Tangguh Majlis Akad Nikah Di Daerah Klang Bermula 12 Oktober 2020

Tangguh Majlis Akad Nikah Di Daerah Klang Bermula 12 Oktober 2020

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan penangguhan majlis akad nikah di daerah Klang mulai 12 Oktober 2020 ini. Pengumuman ini dibuat selepas beberapa hari daripada notis makluman pelaksanaa majlis akad nikah di PAID Klang.

Jadi segala aktiviti berkaitan majlis akad nikah ini ditangguh dahulu berikutan kes penularan di Selangor amnya dan di Klang khususnya menunjukkan peningkatan. Jadi JAIS perlu mengambil tindakan ini bagi mengelakkan kes penularan ini menjadi lebih serius kerana ianya melibatkan ramai orang dalam satu-satu masa.

BACAIni Senarai 36 Kawasan Di Mukim Klang Yang Terlibat Dengan PKPB Bermula 9 Oktober 2020

Keputusan ini akan melibatkan temujanji pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar. Penangguhan ini dibuat berikutan penangguhan semua aktiviti di masjid dan surau oleh JAIS yang melibatkan seluruh Daerah Klang yang telah dikuatkuasakan pada 7 Oktober 2020 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan pada 9 Oktober lalu.

Tangguh Majlis Akad Nikah Di Daerah Klang Bermula 12 Oktober 2020

Segala temu janji majlis akad nikah yang telah dijadualkan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID) yang dibuat sebelum atau 7 Oktober 2020, akan ditangguh serta merta mulai 12 Oktober 2020. Maka segala temujanji ini akan dijadualkan semula kelak.

Sebarang perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan majlis akad nikah di daerah Klang ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa seperti yang diumumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.


sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post