Premis Di Midvalley dan The Gardens Mall Pula Ditutup Selepas Staf Didapati Positif COVID-19

Premis Di Midvalley dan The Gardens Pula Ditutup Selepas Didapati Positif COVID-19

Nampaknya kes jangkitan COVID-19 di pusat beli-belah masih menunjukkan peningkatan. Yang terbaru adalah melibatkan kedai yang berada di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall yang berada di Kuala Lumpur.

Kenyataan ini diumumkan sendiri oleh pihak Mid Valle Megamall melalui laman sosial facebook mereka. Melalui kenyataan tersebut, terdapat seorang pekerja yang bekerja di London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) yang telah disahkan positif COVID-19. Ia merupakan anak syarikat operasi yang mengendalikan butik Origani dan Élévatione Time Stops di kedua-dua pusat belai belah itu.

Premis Mid Valle Megamall Dan The Gardens Mall Ditutup

Pekerja tersebut memberitahu kepada pihak pengurusan, salah seorang ahli keluarganya telah dijangkiti pada 9 Oktober 2020. Susulan daripada itu, dia terus melakukan kuarantin kendiri di rumah dan sekali gus melakukan saringan dan seterusnya disahkan positif COVID-19 pada keesokan harinya iaitu 10 Oktober 2020.

Ekoran itu, pihak pengurusan dengan kerjasama pihak KKM telah melakukan kerja-kerja pembasmian kuman di ketiga-tiga premis tersebut yang bernaung dibawah syarikat London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) dan dilakukan contact tracing kepada yang terlibat.

Justeru itu, ketiga-tiga premis ini ditutup serta-merta sehingga akan diumumkan pembukaan semula selepas kerja-kerja nyahkuman selesai. 


sumber : Mid Valley Megamall

Post a Comment

Previous Post Next Post