Resepi Ikan Siakap Masam Manis Ala Thai Sesuai Dihidangkan Bersama Keluarga

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Ala Thai

Tiada idea untuk hidangkan makan malam untuk keluarga? Anda boleh cuba ini resepi ikan siakap masam manis ala thai yang sesuai dihidangkan bersama keluarga.

Ikan siakap antara ikan yang sesuai dihidangkan dengan pelbagai resepi seperti masak 3 rasa, masak stim, masak sweet sour dan pelbagai lagi. Jadi kalau anda sudah ada ikan siakap dan nak cari resepi yang sesuai, anda boleh cuba resepi ini.

Kebiasaanya saiz ikan siakap yang besar dan sesuai dihidangkan untuk sekeluarga, jadi resepi ni memang sesuai la untuk anda. Jadi ikuti perkongsian resepi daripada Dani's Shopee cara masak dan resepi ikan siakap masam manis ala thai.

Cara Masak Dan Resepi Ikan Siakap Masam Manis Ala Thai

Penyediaan terpenting dalam resepi ini pastinya kuah masam manis tersebut. Jadi pastikan ada rasa masam dan manis baru jadi kan.

Penyedian Ikan Siakap

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap cuci bersih.
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung gandum

Cara Masak

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit kemudian bedakkan dengan tepung gandum.
  2. Panaskan kuali yang sesuai. 
  3. Goreng ikan sampai garing. Ikan tu nak potong dulu boleh, nak goreng sekor boleh.

Penyediaan Kuah Masam Manis

Bahan-Bahan

  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji buah tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • Lada hitam (boleh ganti cili) 
  • Sedikit nenas (saya guna yang dalam tin)
  • Timun jepun

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Ala Thai

Cara Masak

  1. Semua bahan di potong dadu. Timun & tomato di buang biji. 
  2. Panaskan kuali yang sesuai. Letak sedikit minyak masak. Saya letak dalam 1 sudu besar je.
  3. Tumis bawang & lobak merah sampai naik bau dan bawang sedikit garing
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sedikit sos tiram atau garam, sedikit gula, buah tomato & sedikit air. Kacau sebati. Sukatan air tu terpulang. Nak kuah lebih masukkan air lebih. Saya buat kering-kering sikit. 
  5. Dah mendidih, rasa terlebih dahulu. Tambah apa yang kurang sesuai selera. 
  6. Dah rasa, masukkan ikan. Didih kan lagi biar sebati dengan ikan.
  7. Bila hampir masak tabur timun & nenas. Kacau sedikit kemudian tutup api.
  8. Tabur daun bawang & daun sup. Siap!

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Ala Thai

Post a Comment

Previous Post Next Post