Anda Kini Boleh 'Humming' Sahaja Untuk Cari Lagu Melalui Google Search

Anda Kini Boleh 'Humming' Sahaja Untuk Cari Lagu Melalui Google Search

Mungkin anda mengingati sebuah lagu tapi tapi tak ingat liriknya. Yang anda tahu hanya rentak lagunya sahaja, tapi macam mana nak cari tajuk lagu kan di Google?

Jika sebelum ini, anda boleh cari tajuk lagu dengan hanya menggunakan lirik, tapi ciri terbaru yang diperkenalkan oleh Google, kini anda boleh "Hum To Search" untuk mencari lagu kegemaran anda.

Ciri terbaru ini anda boleh gunakan melalui aplikasi Google. Jadi anda perlu kemaskini versi terbaru melalui Playstore atau iOS.

Anda boleh cari lagu kegemaran anda melalui humming, bersiul, atau menyanyikan lagu tersebut dengan irama lagu yang betul supaya Google dapat mengesan rentak lagu kemudian menyenaraikan lagu-lagu yang berkaitan dengan bunyi hum tersebut.

Cara Menggunakan "Hum To Search" Google

Anda boleh gunakan ciri ini dengan buka aplikasi Google atau menggunakan "Google Assistant" yang telah tersedia di dalam telefon Android 

Anda Kini Boleh 'Humming' Sahaja Untuk Cari Lagu Melalui Google Search

Selepas anda buka aplikasi Google, anda tekan butang "Mic" kemudian untuk mula humming, anda pilih "Search for a sing"

Boleh start humming (mmm mm mm)Anda Kini Boleh 'Humming' Sahaja Untuk Cari Lagu Melalui Google Search

Selepas selesai humming beberapa saat, anda akan disenaraikan beberapa lagu berkaitan dengan bunyi yang anda humming sebentar tadi.

Lagu Inggeris boleh, boleh Melayu pun boleh. Tapi pastikan humming anda itu jelas la supaya lebih senang mesin pencari Google untuk mengesan bunyi lagi tersebut. 

Anda Kini Boleh 'Humming' Sahaja Untuk Cari Lagu Melalui Google Search

Post a Comment

Previous Post Next Post