Selepas Seminggu Ditutup, Pusat Beli Belah 1 Utama Akan Beroperasi Semula Bermula Esok, 17 Oktober 2020

1 utama beroperasi semula bermula 17 Oktober

Pusat beli belah terkenal, 1 Utama akan bermula beroperasi semula bermula esok, 17 Oktober 2020 (Sabtu) selepas kurang lebih seminggu ditutup atas kerja pembersihan, nyahkuman dan pengesanan kontak rapat pesakit COVID-19.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak pengurusan 1 Utama apabila ianya dibenarkan beroperasi semula selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1 Utama sebelum ini ditutup kerana terdapat kluster baru jangkitan COVID-19 sehingga mencatatkan 132 kes iaitu 132 kes telah dilaporkan di negeri Selangor serta 1 kes dilaporkan di engeri Melaka. Ianya telah bermula sejak 10 Oktober dan telah melibatkan 107 bukan warganegara dan 25 warganegara Malaysia.

Sejak pengesanan itulah, pusat beli belah 1 Utama ditutup bermula 11 sehingga 16 Oktober 2020 bagi proses nyah kuman dan pembersihan. Dalam tempoh itu juga, pihak KKM telah melakukan saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif. 

1 Utama Akan Beroperasi Semula Seperti Biasa

Jadi sepanjang PKPB di Selangor, 1 Utama akan beroperasi seperti biasa iaitu bermula 10 pagi hingga 10 malam dan ada beberapa premis dan kedai lain akan beroperasi bermula 11 pagi hingga 8 malam.

saringan kontak rapat 1 utama

Oleh itu diingatkan, bagi pengunjung yang akan memasuki shopping mall dan premis lain yang beroperasi, sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan. Sentiasa memakai face mask dan imbas suhu sebelum memasuki mana-mana premis perniagaan. Jangan lupa juga untuk amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.


sumber : 1 Utama

Post a Comment

Previous Post Next Post