Sony Dedahkan Jualan PS5 Akan Bermula Pada 12 November Dengan Harga Bermula RM1658

Sony Dedahkan Jualan PS5 Akan Bermula Pada 12 November Dengan Harga Bermula RM1658

Hari ini pihak Sony telah umumkan tarikh dan harga jualan bagi Play Station 5 (PS5) iaitu bermula 12 November 2020 dengan harga bermula $399 (~RM1658). Akhirnya inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua orang kan.

Play Station 5 telah ditontonkan kepada umum pada Jun yang lalu menerusi sebuah acara khas secara maya yang diadakan oleh Sony. Dalam acara tersebut, diperkenalkan 2 jenis Play Station 5 iaitu Play Station 5 dan Play Station 5 Digital Edition. Selain itu, juga dilihatkan beberapa permainan video yang boleh dipasang dan dimainkan menggunakan PS5.
Sony Dedahkan Jualan PS5 Akan Bermula Pada 12 November Dengan Harga Bermula RM1658
Sejak dari itu, ramai tertanya-tanya bila agaknya PS5 ini akan dijual dan berapa harganya disebabkan pada acara tersebut tidak dinyatakan. Jadi hari ini, Sony tampil sekali dengan mengumumkan tarikh jualan beserta tanda harga bagi Play Station 5 dan Play Station 5 Digital Edition.

Tarikh Jualan Dan Tanda Harga Play Station 5 Diumumkan Secara Rasmi

Sony mengumumkan, PS5 akan mula dijual bermula 12 November 2020 dengan melibatkan negara AS, Jepun, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan manakala 19 November 2020 ianya akan dijual diseluruh dunia.

Sony Dedahkan Jualan PS5 Akan Bermula Pada 12 November Dengan Harga Bermula RM1658

Sony Dedahkan Jualan PS5 Akan Bermula Pada 12 November Dengan Harga Bermula RM1658

Dalam pada itu, Play Station 5 akan mula dijual dengan tanda harga $499.99 (~RM2073) manakala bagi Play Station 5 Digital Edition akan dijual dengan tanda harga $399.99 (~RM1658). Tetapi setakat ini, masih tiada lagi pengumuman dibuat bila ianya akan memasuki pasaran Malaysia dan harga rasmi. Mungkin beberapa minggu lagi, akan diumumkan.

Jadi nak beli PS5 ke Xbox ni?
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended