Sila 'Renew' Lesen Memandu Anda Sebelum Tamat 30 September 2020

Sila 'Renew' Lesen Memandu Anda Sebelum Tamat 30 September 2020

Pihak Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) maklumkan dimana pengecualian pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor akan ditamatkan pada 31 Ogos 2020, justeru itu orang ramai diberi masa sehingga 30 September untuk 'renew' lesen masing-masing.

Di masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini iaitu pada bulan Mac 2020, Kerajaan setuju memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam tempoh PKP kepada orang ramai.

Jadi sepanjang tempoh tersebut, anda tidak renew lesen memandu pun takpa. Anda masih dibenarkan untuk memandu dan menggunakan kenderaan masing-masing walaupun lesen telah tamat tempoh tetapi dengan syarat kenderaan tersebut masih mempunyai insurans yang sah.

Kelonggara yang dibuat ini bertujuan supaya mengelakkan kesesakan orang ramai di kaunter-kaunter agensi-agensi berkaitan semasa renew lesen.

Tetapi memandangkan YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelanjutan PKPP sehingga 31 Disember 2020 dan kaunter JPJ pun telah dibuka sepenuh seperti biasa, maka pengecualian ini akan ditamatkan iaitu pada 31 Ogos 2020.

Sila 'Renew' Lesen Memandu Anda Sebelum Tamat 30 September 2020

Sila Renew Lesen Anda Sebelum Tarikh Akhir 30 September 2020

Walaupun pengecualian ini ditamatkan bermula 30 Ogos, orang ramai yang memilih tamat tempoh lesen memandu masih diberi masa untuk memperbaharuinya dalam tempoh 30 hari iaitu sehingga 30 September 2020.

Jadi sila hadir di JPJ atau dimana-mana agensi-agensi berkaitan untuk renew Lesen Memandu dan juga Lesen Kenderaan Motor. Jangan berlengah lagi bagi mengelakkan anda ditahan dan disaman ketika memandu kelak.


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended