Pemandu Kes Langgar Lari Yang Tular Sebelum Ini Telah Ditahan Bagi Membantu Siasatan

Pemandu Kes Langgar Lari Yang Tular Sebelum Ini Telah Ditahan Bagi Membantu Siasatan

Pemandu yang dilaporkan sebelum ini telah melanggar penunggang motosikal di laluan kecemasan dengan video yang ditularkan telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video kemalangan jalan raya yang tersebar di media sosial apabila satu kes langgar lari yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

Video tersebut berjaya dirakam oleh seorang pengguna lain menerusi dascam yang diletakkan di hadapan dan belakang kereta. Kejadian ini berlaku apabila sebuah kenderaan yang dipandu dari arah Pahang menghala ke Kuala Lumpur telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di hadapan dan dalam masa yang sama terdapat sebuah motosial yang menggunakan lorong kecemasan. Jadi berlaku sedikit pelanggaran dan menyebabkan penunggang serta pembonceng motosikal tersebut terjatuh. Sebaik sahaja berlaku kemalangan tersebut, pemandu tersebut telah melarikan diri dari tempat kejadian.



Kejadian tersebut berjaya dirakam dari bermula saat pertukaran laluan ke lorong kecemasan sehinggalah pemandu melarikan diri.

Siasatan Dilakukan Oleh Pihak Polis

Jadi selepas video itu tular, pihak Polis telah menjalankan siasatan berkaitan perkara tersebut. Hasil dari siasatan yang dijalankan pemandu berkenaan telah berjaya ditangkap di IPD Gombak pada 31 Ogos 2020 yang lepas. Kini siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pemandu Kes Langgar Lari Yang Tular Sebelum Ini Telah Ditahan Bagi Membantu Siasatan

Walaubagaimanapun kemalangan tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa dimana penunggang dan pembonceng motosikal tersebut telah dirawat di Hospital Bentong baru-baru ini.


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended