Sekatan Masuk Ke Malaysia Bagi Negara Yang Melebih 150,000 kes COVID-19

Sekatan Masuk Ke Malaysia Bagi Negara Yang Melebih 150,000 kes COVID-19

Berkuatkuasa 7 September 2020, warga asing daripada negara yang mempunyai kes positif COVID-19 lebih 150 ribu tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Ianya bagi membendung penularan virus tersebut daripada negara-negara tersebut.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas berbincang bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Jabatan Imigresen (JIM) sebelum ini.



Sebelum keputusan ini dibuat, Malaysia sudah buat sekatan terhadap 3 negara iaitu Indonesia, Filipina dan India. Sekatan kemasukan ini merangkumi :
  • Penduduk Tetap (PR)
  • Pas Program Malaysia My Second Home (MMH2)
  • Ekspatriat semua kategori termasuk Profesional Visit Pass (PLIK)
  • Pas Residen
  • Pasangan kepada Warganegara Malaysia (Spouse Visa)
  • Pelajaran Warganegara Berkenaan

Daripada 3 negara inilah kini ianya ditambah kepada negara-negara yang mempunyai kes positif COVID-19 lebih daripada 150 ribu.

Warga Asing Daripada Negara Lebih 150 ribu kes COVID-19 Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia

Setakat ini, Malaysia masih menutup sempadan negara bagi rakyat Malaysia keluar negara atau warga asing untuk masuk ke Malaysia kecuali atas urusan yang dibenarkan oleh JIM.

Sekatan Masuk Ke Malaysia Bagi Negara Yang Melebih 150,000 kes COVID-19

Jadi bermula 7 September 2020, rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke Malaysia. Keputusan ini berikutan kenaikan kes COVID-19 secara mendadak di negara terbabit dan lebih membimbangkan musim sejuk yang bakal tiba.

Sekatan ini merangkumi mereka yang berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Walaubagaimanapun, jika mereka mempunyai sebarang urusan kecemasan untuk masuk ke Malaysia juga, ia bergantung kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Antara negara yang disenaraikan adalah Amerika Syarikat, Brazil, Sepanyol, Perancis, Turki, Itali, Rusia, Pakistan, Mexico dan beberapa buah negara lain. Lihat senarai penuh disini.


sumber : JIM dan PHM

Post a Comment

Previous Post Next Post