Filipina Akan Menerima Gedung IKEA Yang Pertama Yang Merupakan Terbesar Di Dunia Pada Tahun 2021

Filipina Akan Menerima Gedung IKEA Yang Pertama Yang Merupakan Terbesar Di Dunia Pada Tahun 2021

Pada tahun 2021, dilaporkan negara Filipina akan menerima gedung IKEA yang pertama di negara itu dan juga merupakan gedung IKEA yang terbesar pernah di bangunkan. Memang rambang mata la kalau dapat shopping dalam tu nanti kan.

IKEA terkenal dengan barangan dan perabot rumah yang mampu milik, minimalist dan juga cute untuk anda beli yang kesemuanya berasal daripada Sweden. Selain itu juga, IKEA juga terkenal dengan makanan dan pastinya meatball yang sedap dan disukai oleh orang ramai.

Tetapi gudang IKEA ini sebenarnya dibina bukan dengan saiz yang sama. Ianya bergantung kepada populasi dan lokaliti di tempat tersebut. Jika di Malaysia, IKEA Damansara sedikit besar daripada IKEA Cheras.

Filipina Akan Menerima Gedung IKEA Yang Pertama Yang Merupakan Terbesar Di Dunia Pada Tahun 2021

Jika di Asia Tenggara ini, negara Malaysia dan Singapura sudah ada gedung IKEA sendiri tetapi di Filipina sehingga hari ini masih tidak lagi dibangunkan sehinggalah diumumkan beberapa bulan sebelum ini yang ianya sedang dibina.

IKEA Pasay City, Filipina Merupakan gedung IKEA Terbesar Di Dunia

Filipina Akan Menerima Gedung IKEA Yang Pertama Yang Merupakan Terbesar Di Dunia Pada Tahun 2021

Walaupun ianya merupakan gedung IKEA pertama di Filipina tetapi dilaporkan ianya juga gedung IKEA terbesar di dunia yang terletak di Mall of Asia iaitu bersebelahan dengan kawasan Manila Bay, Filipina. Keluasan dianggarkan lebih 700,000 kaki persegi atau bersamaan dengan 150 gelanggang bola keranjang. Besar weh!

Tetapi konsep IKEA itu masih dikekalkan iaitu untuk 2 tingkat sahaja dimana tingkat atas merupakan ruang pameran dan di tingkat bawa merupakan ruang barangan untuk anda beli. Yang membezakan adalah fasiliti lain seperti keluasan gudang simpanan barang, ruang barang e-dagang, call center dan sebagainya.

Yang pastinya, masih ada ruang restoren untuk orang ramai makan dan juga playground untuk kanak-kanak.

Filipina Akan Menerima Gedung IKEA Yang Pertama Yang Merupakan Terbesar Di Dunia Pada Tahun 2021

Sebelum ini, IKEA Filipina ini dijangka akan dibuka pada tahun 2020 tetapi disebabkan tahun 2020 yang agak buruk kisahnya dengan kehadiran COVID-19 ianya ditunda ke tahun 2021. Tetapi masih tiada tarikh ditetapkan bila ianya mula dibuka.


sumber : sea.mashable

Post a Comment

Previous Post Next Post