PKPD Dilaksanakan Di Kota Setar Dan Penjara Tawau Bermula Malam Ini Hingga 25 September 2020

PKPD Dilaksanakan Di Kota Setar Dan Penjara Tawau Bermula Malam Ini Hingga 25 September 2020

Hari ini Kerajaan memaklumkan dimana bermula malam ini, 11 September, daerah Kota Setar, Kedah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran bersama-sama dengan Penjawa Tawau, Sabah disebabkan peningkatan kes penularan COVID-19 di lokasi ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang harian sebentar tadi. Jika sebelum ini, PKPD secara pentadiran telah dilaksanakan di kawasan Aman Jawa, Kedah juga disebabkan peningkatan penularan COVID-19 di kawasan tersebut yang melibatkan 3 zon.

Jika sebelum ini melibatkan 3 zon, kali ini lebih besar kerana ianya melibatkan satu daerah iaitu di Kota Setar dan juga 1 kawasan di Sabah iaitu di Penjara Tawau.

PKPD Di Kota Setar Dan Penjara Tawau Sehingga 25 September 2020

Untuk daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah, PKPD secara pentadbiran akan bermula 11 September hingga 25 September 2020. Di Kota Setar ianya melibatkan 28 mukim di dalamnya dengan kira-kira 366,787 penduduk.



Jadi di Kota Setar, sepanjang PKPD, orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar rumah tanpa urusan penting walaupun urusan kerja. Aktiviti keluar atau masuk ke daerah tersebut adalah dilarang. Seperti sebelumnya, pihak Polis dan Tentera Malaysia akan mengawal dan melakukan sekatan jalan raya sepanjang tempoh PKPD. 

Selain itu, feri dari jeti Kuala Kedah juga tidak dibenarkan beroperasi.

Kesemua masjid, rumah ibadah, taska, sekolah dan pusat pengajian tinggi akan ditangguhkan ketika pelaksanaan ini. Hanya perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi seperti kedai runcit, stesen minyak, farmasi, klinik dan hospital.

Manakala bagi PKPD di Penjawa Tawau, Sabah hanya melibatkan banduan, anggota dan ahli keluarga Jabatan Penjara Tawau sahaja. Sepanjang PKPD, lawatan tidak dibenarkan dan perintah keluar masuk juga dikenakan di kawasan penjara itu. 

Semoga semunya baik-baik sahaja...

sumber : astroawani
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended