Ikuti Perkongsian Cara Buat Dan Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Pasti Sedap!

Ikuti Perkongsian Cara Buat Dan Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Pasti Sedap!

Kalau anda teringin nak makan ayam gunting al Uncle Bob atau ayam gunting di pasar malam tu, anda boleh ikuti perkongsian ini cara buat dan resepi ayam gunting rangup ala Uncle Bob. Anda boleh buat sendiri sahaja di rumah.

Uncle Bob terkenal dengan peminat ayam gunting lagi-lagi apabila ianya disediakan rangup dan panas seperti baru masak. Kemudian diadun dengan rasa pedas, pastinya akan memberi kepuashatian kepada mereka yang makan.

Biasa kita boleh dapatkan di pasar malam atau medan selera ayam gunting uncle bob ini ayam gunting jenama lain. Yang penting rasanya sedap. Jadi kalau anda teringin nak makan tapi tak sempat untuk keluar dan beli di luar, apa kata anda buat sahaja sendiri dirumah. Oleh itu, anda boleh ikuti perkongsian cara buat dan resepi ayam gunting rangup ala Uncle Bob disini. Pastinya sedap dan nak tambah lagi.

Cara Buat Dan Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob

Ayam gunting ini biasa disediakan menggunakan bahagian ayam yang kurang tulang seperti bahagian dada. Baru mudah untuk digunting kecil dan dimakan tanpa tulang kan.

Bahan-bahan

Bahan perapan

  • Dada ayam (dipotong nipis)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam jenama Kimball
  • Sedikit jus perahan lemon atau limau

Bahan saduran

  • Tepung serbaguna pedas atau original (Tepung Bistari)
  • Tepung ubi atau tepung beras
  • Sedikit serbuk roti
Ikuti Perkongsian Cara Buat Dan Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Pasti Sedap!

Bahan perasa

  • Serbuk cili
  • Serbuk lada putih

Cara-Cara

1.  Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan perapkan selama 1 jam

Ikuti Perkongsian Cara Buat Dan Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Pasti Sedap!

2.  Dalam mangkuk besar, gabungkan semua bahan saduran dan gaul sehingga sebati

3.  Salutkan ayam dengan bahan saduran. Tumbukkan ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan padat

Ikuti Perkongsian Cara Buat Dan Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Pasti Sedap!

4.  Apabila ayam sudah siap disalut, gorengkan ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan

5.  Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam sudah digoreng

6.  Apabila sudah selesai digoreng dan ditaburi perasa, ayam goreng sudah siap untuk digunting mengikut saiz yang anda suka!

Ikuti Perkongsian Cara Buat Dan Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Pasti Sedap!


sumber : resepimakananMY

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended