Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Menyebabkan Kematian Semasa Tidur Di Dalam Kenderaan?

Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Menyebabkan Kematian Semasa Tidur Di Dalam Kenderaan?

Baru-baru ini, kita dikejutkan 4 sekawan yang tidur di dalam kereta dan paling terbaru 3 daripadanya telah meninggal dunia dan seorang masih kritikal akibat keracunan Karbon Monoksida. Jadi bagaimana gas karbon monoksida ini boleh menyebabkan kematian semasa tidur di dalam kenderaan?

4 sekawan yang mana 2 daripadanya adalah adik beradik dijumpai sedang tidur di dalam kereta oleh pihak polis peronda. Di saat pihak polis temui mereka, dilaporkan salah seorang daripada mereka sudah pun meninggal dunia akibat kebocoran gas manakala 3 rakan tersebut dalam keadaan kritikal ketika itu. Bagaimana gas ini boleh sebabkan kematian? 

Public Health Malaysia ada menerangkan bagaimana gas ini boleh menjadi pembunuh senyap terutamanya kepada mereka yang berehat atau tidur di dalam kenderaan dengan membuka aircond. Kes ini sebenarnya sudah banyak berlaku di dunia hatta di Malaysia sekali pun. Kebanyakkan mereka mati seolah-olah di dalam tidur tanpa disedari.

Keracunan karbon monoksida (Carbon Monoxide, CO) tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta. 

Keracunan Karbon Monoksida - Pembunuh Senyap

Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Menyebabkan Kematian Semasa Tidur Di Dalam Kenderaan?

Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula! 

  • Keracunan Karbon Monoksia merupaka punca utama kematian akibat keracunan
  • Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
  • Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai  “ Pembunuh Senyap”
  • Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah, 

Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.

Bagaimanakan Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?

Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Menyebabkan Kematian Semasa Tidur Di Dalam Kenderaan?

Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida. 

Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak. 

Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah. 

Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.

Apakah gejala keracunan CO?

Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan. 

Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.

Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida.

Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Menyebabkan Kematian Semasa Tidur Di Dalam Kenderaan?

Untuk elakkan keracunan gas pembunuh ini :

  1. Jangan hidupkan enjin di kawasan tertutup/garaj kereta
  2. Jika tingkap dibuka pastikan tidak mengadap ekzos kenderaan/lori lain
  3. Keluar sebentar dari kereta untuk melancarkan perederan darah
  4. Pastikan sistem ekzos tidak ada kebocoran
  5. Servis kereta mengikut jadual di bengkel yang diiktiraf pengeluar
  6. Sistem aircond berfungsi dengan baik
Jika tidak dapat pastikan, elakkan tidur di dalam kereta!


sumber : Public Health Malaysia

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended