Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Jika anda tidak lulus bagi permohonan BSH baru-baru ini, anda kini boleh buat Rayuan BSH bermula 7 Ogos 2020 secara online atau melalui semua Cawangan LHDNM seluruh Malaysia.

Pada 24 Julai 2020 yang lepas, Kerajaan telah membuat pembayaran bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 kepada mereka yang layak. Dalam masa tersebut, ternyata ada mereka yang berstatus tidak lulus dengan beberapa sebab yang dipaparkan.

Jadi jika anda tergolong dalam mereka yang berstatus tidak lulus, anda boleh buat permohonan rayuan sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Tempoh permohonan rayuan bagi Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) untuk tahun 2020 adalah bermula 7 Ogos (Jumaat) sehingga 6 September 2020 (Ahad). Permohonan rayuan boleh dibuat melalui mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau di UTC. Permohonan secara online hanya bagi berstatus tidak lulus tertentu sahaja seperti senarai dibawah. Selain daripada itu, pergi ke cawangan LHDNM.

Jadi sebelum anda pergi ke cawangan LHDNM, anda perlu siapkan dokumen yang diperlukan mengikut kod tidak lulus serta alasan yang dipaparkan sebelum ini.

Permohonan Rayuan Secara Online

Jika kod tidak lulus anda terpapar dalam senarai ini, anda boleh buat permohonan secara online di bsh.hasil.gov.my

1.  Rayuan (Permohonan Tidak Lulus BSH 2020)

i.   05 - Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
ii.  07 - Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ Pasangan melebihi RM4000
iii. 09 - Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2000
iv. 12 - Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad
v.  13 - Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad
vi. 34 - Pemohon tidak menetap di Malaysia/ bekerja/ belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi

2.  Rayuan Tambahan (Permohonan Lulus BSH 2020)

Rayuan dibenarkan bagi tambahan anak dan pendapatan.

Selain daripada kod tidak lulus di atas, pemohon yang ingin membuat rayuan, anda perlu ke cawangan LHDNM seperti waktu dibawah ini. 

Jadual pembukaan kaunter LHDNM bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020 bagi cawangan seluruh Malaysia

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Untuk melayakkan anda membuat permohonan di cawangan LHDNM, anda perlu sediakan dokumen sokongan mengikut kod tidak lulus anda seperti disenarai dibawah. Anda lihat kod dan alasan kenapa anda tidak lulus, kemudian anda sediakan dokumen dan tindakan yang anda perlu lakukan.

Kod tidak lulus adalah bermula 01 sehingga 36. 

Kod Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan BSH 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sebagai contoh :-
Kod Tidak Lulus - 05
Alasan - Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
Tindakan/ Dokumen Sokongan yang diperlukan - Semakan status OKU akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilanti oleh MOF atau jika tidak wujud, dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah :
  • Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Sediakan Dokumen Sokongan. Rayuan BSH Boleh Dibuat Bermula 7 Ogos 2020

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari bsh.hasil.gov.my dan boleh juga dapatkan senarai-senarai maklumat seperti diatas dengan lebih terperinci.

Post a Comment

Previous Post Next Post