Program Terbaru Astro Beserta Para Peserta Ratu Hijabista

Program Terbaru Astro Beserta Para Peserta Ratu Hijabista

Pada 12 Ogos ini, sebuah rancangan program pencarian Ratu Hijabista 2020 akan berkeudara di Astro dengan penyertaan 12 peserta daripada latar belakang yang berbeza.

Program sama seperti pencarian Dewi Remaja yang merupakan anjuran jenama majalan dan laman digital Malaysia tetapi kali ini daripada majalah Hijabista. Rancangan buat julung kali ini dinamakan Ratu Hijabista yang memberi ruang kepada wanita berhijab tanpa mengira latar belakang bagi mempertaruhkan bakat dan personaliti untuk diketengahkan bagi menjadi ikon wanita moden berhijab.

Jadi program Ratu Hijabista ini akan ditayangkan selama 8 minggu pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Prima dan Prima HD. Program ini akan bermula 12 Ogos 2020 ini.

Program ini akan diceriakan lagi dengan 2 pasangan hos iaitu Uyaina Arsha dan Fikry Ibrahim di samping Puna Sri Normala Samsudin akan bertanggungjawab sebagai juri tetap pada setiap minggu. Juara atau Ratu Hijabista akan membawa wang tunai RM10,000 dan berpeluang untuk menghiasi muka depan majalan Hijabista bagi terbitan Januari 2021.

Program Terbaru Astro Beserta Para Peserta Ratu Hijabista

Jadi siapakan 12 peserta yang akan bertanding di dalam program Ratu Hijabista 2020 ini?

Senarai Peserta Ratu Hijabista 2020


1.  Aishah


Aishah

Nama Penuh : Siti Aishah Idris
Umur : 27 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Instagram : @i_shahidris

Berketinggian 174 cm, gadis yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Malaya ini mahu memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa bahayanya kesan buli kepada seseorang individu itu ekoran dirinya pernah menjadi mangsa buli sewaktu di zaman persekolahan dahulu disebabkan ketinggiannya. Pernah bergelar seorang guru kepada kanak-kanak istimewa, Aishah sangat berjiwa penyayang.

2.  Aqilla

aqilla

Nama Penuh : Nur Aqilla Sidi Ahmad
Umur : 25 Tahun
Asal : Negeri Sembilan
Instagram : @qilalawa

Berasal dari Rembau, Aqilla merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Mansoura, Mesir. Kini dia sedang menunggu panggilan ‘housemanship’ sebagai doctor pelatih di hospital tempatan. Sudah lama mahu mencabar diri melakukan perkara lain selain bidang perubatan, dia mengambil keputusan untuk menyertai Ratu Hijabista dan siapa sangka, kini dia bergelar barisan finalis top 12.

3.  Aunee

aunee

Nama Penuh : Aunee Azrina Zulkifli
Umur : 27 Tahun
Asal : Johor
Instagram : @auneekifli

Fasih bertutur dalam bahasa Jepun kerana mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrikal di Tokyo University of Science, Aunee kini sedang berusaha bagi mendapatkan Ijazah Sarjana (Masters) yang kedua pula dalam bidang Perniagaan di UniTAR International University. Gadis dari Muar ini juga pernah mengikuti kelas modelling sewaktu berada di Jepun yang seterusnya membuka peluang untuknya beraksi di pentas peragaan dan televisyen tempatan di negara matahari terbit itu.

4.  Eka

eka

Nama Penuh : Asfika Binti Mohamad
Umur : 26 Tahun
Asal : Pahang
Instagram : @eka_mohamad

Wanita tinggi lampai ini sudah mendirikan rumah tangga, Eka yang kini menetap di Putrajaya ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Elektrik dari UNIKL-British Malaysian Institute. Bergiat aktif sebagai model sambilan, gadis kelahiran Kuala Lipis ini sering menjadi pilihan sebagai model bagi jenama busana pengantin terkenal di Malaysia.

5.  Ellyna

ellyna

Nama Penuh : Nurul Ellyna Anuar
Umur : 21 Tahun
Asal : Johor
Instagram : @nurulellyna

Walaupun pada permulaan bapanya agak berat untuk memberikannya keizinan bagi menyertai bidang ini, gadis yang berasal dari Johor Bahru ini akhirnya menerima sokongan daripada bapanya itu selepas melihat kesungguhan dirinya. Biarpun masih muda, Ellyna yang mempunyai Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA dan kini mempunyai perniagaan yang diusahakannya sendiri di atas talian.

6.  Fiffy Afrina

fiffy afrina

Nama Penuh : Nurfiyanti Afrina Roslan
Umur : 23 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Instagram : @fifyafrina

Sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP), Fiffy berminat untuk menjadi pengacara majlis di konvokesyen universitinya selain mengimpikan untuk menjadi seorang hos rancangan kesihatan dan perubatan suatu hari nanti. Bukan hanya sekadar rupa, dia juga percaya kecantikan diri itu perlu hadir seiring dengan keupayaan intelektual.

7.  Jiha

jiha

Nama Penuh : Nur Fatin Najihah Noor Hisham
Umur : 21 Tahun
Asal : Johor
Instagram : @najihah_sham

Gadis lepasan Diploma Pengurusan Acara di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang ini merupakan seorang jurulatih sukan luncur ais (ice skating). Berasal dari Skudai Johor, selain bertugas sebagai jurulatih dia juga aktif menjalankan perniagaan di atas talian. Seorang yang cukup ceria dan sukakan cabaran Jiha menyerlah dengan personalitinya ketika sesi ujibakat berlangsung sekaligus menempatkan dirinya di antara barisan top 12.

8.  Mellya

mellya

Nama Penuh : Shamellya Norazizi
Umur : 23 Tahun
Asal : Selangor
Instagram : @mellyazizi

Petah berbicara dan sentiasa berkeyakinan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam ini gemar menceburkan diri dalam dunia sukarelawan. Mellya juga berbakat sebagai model hijab. Seorang yang aktif dan ceria, gadis ini gemarkan cabaran bagi memastikan dia dapat pergi lebih jauh. Kalau nak tahu gadis yang penuh dengan keyakinan ini merupakan salah seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universitinya.

9.  Qila

qila

Nama Penuh : Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman
Umur : 21 Tahun
Asal : Kelantan
Instagram : @qilaistheone

Gadis yang cukup petah berkata-kata ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Penyiaran di UiTM Shah Alam. Berbakat tinggi dalam dunia seni persembahan terutamanya lakonan, gadis ini aktif melibatkan diri dalam dunia teater di Kolej. Berperwatakan ceria, Qila mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin dan Ratu Hijabista menjadi platform yang tepat untuknya mengasah bakat.

10.  Saree

saree

Nama Penuh : Siti Sariah Binti Abdullah
Umur : 21 Tahun
Asal : Selangor
Instagram : @sareeabd

Merupakan pelajar dalam bidang Diploma Komunikasi Dan Pengajian Media dari UiTM Lendu, Melaka. Gadis manis ini ingin mencabar diri selain tidak mahu duduk ditakuk yang sama. Gadis ini juga turut bekerja secara sambilan untuk menambah pengalaman.

11.  Tina

tina

Nama Penuh : Qistina Sofia Abdul Aziz
Umur : 24 Tahun
Asal : Putrajaya
Instagram : @tinaziz

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM Shah Alam ini Tina baru sahaja menamatkan tempoh pelatih dalam kamar sebagai persediaan menjadi pengamal undang-undang. Dalam beberapa bulan lagi Tina akan bergelar seorang peguam. Gadis berkulit hitam manis ini seorang yang bukan mudah untuk patah semangat. Dia percaya bahawa segala kebaikan yang datang disebabkan adanya usaha yang tinggi.

12.  Yusrina

yusrina

Nama Penuh : Nuryusrina Shan Mohd Firdaus Shan
Umur : 23 Tahun
Asal : Kedah
Instagram : @yusrinashan

Merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari UiTM Shah Alam. Yusrina mengakui bahawa langkah menyertai Ratu Hijabista ini didorong oleh ibunya sendiri yang beria-ia menyuruhnya menghantar klip uji bakat. Ujarnya kejayaan menjadi salah seorang finalis top 12 adalah hadiah buat ibu tersayang selain itu Yusrina menganggap Ratu Hijabista sebagai batu loncatan untuk memajukan dirinya dan juga menyerlahkan keyakinan.


Siapakah yang bergelar Ratu Hijabista pertama bagi tahun 2020?


sumber : Iluminasi.com dan Instagram Hijabistamag

Post a Comment

Previous Post Next Post