Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar

Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar

Belum daftar lagi untuk mengundi? Mungkin PRU tidak lama lagi ni. Jangan berlengah lagi, tengok sini cara daftar mengundi online menggunakan MySPR Daftar sahaja. Lebih mudah.

Tidak boleh tidak, bagi memilih bakal pemimpin yang bakal menerajui negara, kita mesti membuang undi di peti undi melalui Pilihan Raya. Kita merupakan negara yang mengamalkan sistem Demokrasi yang kini rata-rata hampir seluruh negara menggunakan sistem ini bagi memilih pemimpin negara.

Pilihan Raya Umum (PRU) mungkin akan di adakan bila-bila masa sahaja mengikut situasi sekarang, jadi rasanya inilah masa sesuai untuk anda daftar sebagai pengundi sah jika sudah mencapai syarat mengundi.

Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar

Syarat Kelayakan Untuk Mendaftar Untuk Mengundi

  1. Seorang warganegara Malaysia
  2. Telah mencapai umur 21 tahun
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Jika tahun-tahun sebelum ini, rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya mempunyai pilihan untuk daftar undi dengan secara manual sahaja. Kena pergi ke pejabat pos, beratur panjang, tulis borang dan baru lah siap daftar. 

Kini tidak lagi!

Ini kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan pendaftaran melalui online sahaja. Jadi anda boleh daftar bila-bila masa sahaja dan di mana-mana sahaja. Ianya percuma!

Cara Daftar Dengan MySPR Daftar

Pendaftaran boleh dibuat melalui 3 langkah sahaja iaitu
  1. Permohonan akaun pengguna
  2. Pengaktifan akaun pengguna
  3. Isi borang A (pendaftaran pemilih)

1.0  Permohonan Akaun Baru

1.  Pergi ke laman web www.spr.gov.my dan tekan butang MYSPR DAFTAR

Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar

2.  Kemudian klik pada Permohonan Akaun Baru


Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar

3.  Jadi seterusnya anda perlu isikan maklumat yang diperlukan 

Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar

Antara maklumat yang penting adalah seperti berikut:
  • Masukkan No. Kad Pengenalan.
  • Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.
  • Masukkan No. Telefon Bimbit.
  • Masukkan E-mel.
  • Masukkan Katalaluan dan Pengesahan Katalaluan
  • Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan
  • Klik “Contoh Alamat” untuk melihat cara pengisian alamat.
  • Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan
  • Klik “Contoh Gambar” untuk melihat contoh gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan yang dibenarkan
  • Muat naik gambar kad pengenalan.
  • Muat naik gambar swafoto bersama kad pengenalan.
  • Masukkan Captcha
  • Tanda  Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan . . .
  • Tekan butang “Hantar”
  • Dialog Notifikasi akan dipaparkan.
Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar

dan ikuti arahan seterusnya...

2.0  Pengaktifan Akaun Pengguna

Langkah seterusnya anda perlu aktifkan akaun pengguna terlebih dahulu sebelum daftar sebagai pengundi. 

1.  Setelah pegawai SPR membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftar.

2.  Klik link penganktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.

3.  Lakukan sehingga selesai


3.0  Permohonan Pendaftaran Baru  

Langkah seterusnya adalah daftar sebagai pengundi

1.  Log in terlebih dahulu di mysprdaftar.spr.gov.my 

2.  Klik menu Status Saya

3. Skrin Status Saya akan dipaparkan

4.  Tekan butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)”

5.  Skrin Borang A (Pendaftaran Baru) akan dipaparkan. Masukkan segala butiran yang diperlukan diruang disediakan
Cara Daftar Mengundi Online Terbaru Menggunakan MySPR Daftar
  • Klik “Contoh Alamat” untuk melihat cara pengisian alamat
  • Masukkan No. Rumah. Jika tiada masukkan ‘-’
  • Klik butang “DAFTAR ALAMAT LAIN” jika hendak mendaftar alamat lain.
  • Pilih Jantina
  • Pilih Bangsa
  • Pilih Agama.
  • Tanda ✅ Saya mengaku bahawa . . .
  • Tanda ✅ Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu. . .
  • Klik “Syarat-syarat saksi” untuk melihat syarat-syarat menjadi saksi.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan Saksi.
  • Masukkan Nama Saksi.
  • Klik “Contoh Alamat” untuk melihat cara pengisian alamat.
  • Masukkan Alamat Saksi seperti dalam kad pengenalan.
  • Tanda ✅ Saya mengaku bahawa saksi telah dimaklumkan. . .
  • Tekan butang “HANTAR”.
  • Dialog Notifikasi akan dipaparkan.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan.
  • Tekan butang “MOHON TAC"
  • Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar SMS ke telefon bimbit pengguna dan ruangan input No. TAC akan dipaparkan.
  • Masukkan No. TAC dan tekan butang “HANTAR”.
  • Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Status Saya akan dipaparkan
  • Tekan butang “HANTAR/CETAK BORANG A”. Cetakan Borang A akan dipaparkan

Selesai pendaftaran sebagai pengundi melalui MySPR Daftar

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan MySPR DAFTAR, anda boleh dapatkan di pautan ini. Anda boleh lihat cara permohonan pertukaran alamat, lihat status permohonan dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended