Bintang Manchester United, Paul Pogba Disahkan Positif COVID-19

Bintang Manchester United Disahkan Positif COVID-19

Bintang Manchester United, Paul Pogba telah disahkan positif COVID-19. Dengan itu, beliau juga telah diketepikan daripada senarai skuad bola sepak Perancis baru-baru ini.

Pemain tengah Perancis itu kini telah digantikan oleh pemain muda Eduardo Camavinga yang buat pertama kali dipanggil sertak skuad pasukan Perancis bersama-sama dengan pemain tengah Lyon, Houssem Aouar dan juga pemain pertahanan RB Leipzig Dayot Upamecano.

Beliau dilaporkan positif COVID-19 apabila telah menjalani saringan pada rabu dan telah disahkan positif pada keesokan paginya.

Bintang Manchester United, Paul Pogba Disahkan Positif COVID-19

Selain itu, kelab bola sepak yang disertai beliau, Manchester United juga mendoakan supaya Paul Pogba supaya cepat sembuh.


Perancis telah dijadualkan akan bertemu Sweden dan Croatia di dalam UEFA Nation League atau Liga Negara-Negara UEFA yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Skuad Perancis

Penjaga Gol : Hugo Lloris, Mike Maignan, Steve Mandanda

Pertahanan : Lucas Digne, Leo Dubois, Lucas Hernandez, Presnel Kimpembe, Clement Lenglet, Ferland Mendy, Dayot Upamecano, Raphael Varane

Tengah : Eduardo Camavinga, N'Golo Kante, Steven Nzonzi, Adrien Rabiot, Moussa Sissoko

Penyerang : Houssem Aouar, Wissam Ben Yedder, Olivier Giroud, Antoine Griezmann, Jonathan Ikone, Anthony Martial, Kylian Mbappe


sumber : ESPN
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended