Peminat Laksa, Boleh Cuba Resepi Dan Cara Buat Laksa Johor Ini

Peminat Laksa, Boleh Cuba Resepi Dan Cara Buat Laksa Johor Ini

Ikuti perkongsian resepi dan cara buat laksa Johor khusus kepada mereka yang ingin membuatnya sendiri dan pastinya bagi peminat laksa.

Laksa antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ianya mempunyai penyediaan dan keunikan sajiannya tersendiri. Ini kerana hampir setiap negeri Malaysia mempunyai sajian dan versi yang tersendiri. Jika biasa yang kita lihat dan makan di Malaysia ini adalah Laksa Penang atau Asam Laksa, tetapi apabila di Johor ianya sedikit berlainan sajiannya.

Jika di Johor sebagai contoh, laksa yang digunakan adalah spagetti manakala kuahnya adalah ala-ala bolognese. Ianya sangat popular di Johor dengan laksa Johor ini.

Jadi jika anda berminat untuk buat dan masa sendiri laksa Johor, anda boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh Yatti Omar di facebook untuk buat Laksa Johor.

Resepi Cara Buat Laksa Johor

Peminat laksa Johor, apa lagi jom kita buat mengikut resepi ini

Bahan bahan :

  • 1 paket spaghetti atau mee laksa.
  • 1kg ikan kembung/ikan tengiri. (Saya guna ikan kembung. Ikan ni tengok korang nak hidangkan utk berapa ramai ok. Macam saya 3 orang je. Tapi buat untuk sarapan, lunch dan dinner)
  • 3/4 cawan rempah kari (tak kisah lah kari ikan ke ayam. Asalkan kari).
  • 1/2 cawan lada boh
  • 3/4 cawan udang kering (cuci dan blender)
  • 2 cawan santan pekat (saya guna santan Kara).
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa.

Bahan kisar :

  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar

Peminat Laksa, Boleh Cuba Resepi Dan Cara Buat Laksa Johor Ini

Cara cara :

1.  Ikan macam biasa bersihkan dahulu, kemudian kukus. Lebih senang kukus berbanding rebus, sebab nak asingkan tulang dengan isi. Air kukus ikan tadi simpan. Kemudian blender ikan dengan air kukusan ikan. Ketepikan dahulu.

Peminat Laksa, Boleh Cuba Resepi Dan Cara Buat Laksa Johor Ini

2.  Tumiskan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam 1 minit. (Masa ni memang akan kering sikit). Cepat-cepat masukkan 1/2 cawan air dan masak dalam 5 minit.

Peminat Laksa, Boleh Cuba Resepi Dan Cara Buat Laksa Johor Ini

Peminat Laksa, Boleh Cuba Resepi Dan Cara Buat Laksa Johor Ini

3.  Lepas tu masukkan cili boh sampai naik minyak. Kalau kering sangat boleh tambahkan air sikit je. Bila naik minyak, masukkan ikan kisar tadi. Kacau sebati. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Ulam ulam :

  • Timun
  • Taugeh
  • Daun kesum/daun selasih
  • Kacang panjang
  • Limau kasturi (diperah atas laksa, bukan makan dengan kulit limau). 🤭

Lepas tu buatlah sambal belacan :

  • 5 biji lada merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci belacan dibakar dulu
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit gula dan garam
  • Semua ni tumbuk atau blender. Ok siap. Dah boleh makan!


Cara saya makan siap letak ikan masin. Uishh power padu..


Kredit Resepi : Yatti Omar

Post a Comment

Previous Post Next Post